Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Saturday, March 25, 2017

Mac 2017

Assalamualaikum. Sudah 2017. 4 tahun sejak kali terakhir aku post sesuatu dalam blog ni. Aktiviti alam maya sudah banyak dimbilalih oleh facebook. Blog sudah amat jarang kusinggah. Yang melawat pun, barangkali langsung tiada. Aku sudah berpindah ke Layang-Layang, Johor. Sejak Mac 2016 lagi. Semua. Isteri dan anak-anak kami. Kami menyewa di sini. Rumah satu tingkat di kawasan perumahan kecil. Baiklah. Hingga ketemu lagi. Pendek saja cukup untuk post pertama dalam 4 tahun :)

Tuesday, October 16, 2012

Bicara Oktober 2012



salam to all, (cheh bunyi macam nak send email on work related stuff plak)

Punya la lama giler aku x post apa2 kat blog ni. Sejak webmaster (betul ker) ICT tempat aku keja dah block semua jenis blogspot, wordpress and whatever yang didefinisikan sebagai social-website (yer ker - hentam jer lah), aku dah menghadapi masalah untuk access page ni. Ada mobile broadband, tapi selalu wife aku pakai dan kalu pakai pun kadang2 tu boleh menguruskan pahala puasa (macam aku puasa). Ya la, tapi kalu betul bulan puasa betul la boleh kurus pahal puasa, so to speak.

So many things happened. Jerman dah kalah kat semi-final Euro 2012. Frust tak payah cerita lah. Nasib baik, Kelantan The Red Warriors menang Malaysian Super League dan juga Piala FA. Heppy la jugak.

Raya? Tahun ni Raya Puasa kitorang balik ikut Tganu. Lalu LPT n Bukit Besi, susur Kuala Berang, Sg Tong, pastu err. tak ingat.. lalu Kuala Besut kalu tak silap, Gertak Seratus, Tok Bali dan Kandis.. Cuti Raya agak panjang tapi macam biasa, holiday is never long enough. Tuk Pa dah agak uzur, TukMa masih cergas namun biasa la, dah berumur takde la macam orang muda. Tuk Ayah dan TukMa masih menten namun jelas usia makin memamah sisa kehidupan mereka. Bila la kerajaan nak wujudkan polisi menggalakkan majikan mempostingkan (apa sinonim bahasa Melayu nya eh?) pekerja di negeri asal, atau negeri di mana ibubapa mereka tinggal. Boleh ker macam tu?

Kerja? Alhamdulillah banyak projek komited utk tahun ni dah siap sebelum raya. Tinggal satu jer tak siap-siap.. Pressure dah kurang, tapi aku still rasa aku tak sesuai buat kerja ni. Tapi dalam masa yang sama aku dah tak tau kerja apa lagi yang aku boleh buat. Haha padan muka aku. Kerja yang memerlukan aku cakap dengan ramai orang. Benci betul, tapi kalu tak cakap dengan orang aku nak cakap dengan apa lak yer.. hehe.


// gambar hiasan: Gunung Bromo di Indonesia..

Thursday, September 8, 2011

AidilFitri 2011 (part 1 - The Journey Home)


Aidilfitri 2011 agak kalut walaupun cutinya agak panjang kerana berkebetulan dengan cuti Hari Kebangsaan.

Kami pulang pada 26/08/2011, melalui lebuhraya PLUS dan jalanraya Timur- Barat. Plan asal bertolak pada 3 atau 4 pagi, tidak menjadi kerana aku dan isteriku keletihan. Kami hanya dapat bertolak dari Subang pada 12 tengah hari Jumaat itu. Agak kalut, kerana jika sudah mencecha waktu Zohor aku harus menunaikan solat Jumaat dulu sebelum berangkat. Secara keseluruhannya perjalanan agak lancar, hampir tiada 'jem' ku temui kecuali ketika turun dari Jalan Timur Barat dari Pergau menghala ke Jeli. Kami jamak di masjid Kg Sumpitan (?) di jalan Kuala Kangsar-Gerik. Ada pendapat bahawa lebih afdhal untuk solat Jumaat sekiranya mula bermusafir selepas Subuh, namun aku mengambil rukhsah kerana agak sukar untuk meninggalkan isteri dan anak-anakku. Aku amat jarang menggunakan laluan ini, paling akhir pun rasanya pada 2008 itu pun menumpang abang ku yang no 2.

Disebabkan waktu bertolak yang tertangguh, kami agak lewat tiba di Gerik namun aku bersyukur kerana dapat melepasi laluan berbukit di Jalanraya Timur barat sebelum malam menjelang, atau lebih tepatnya sebelum gelap. ini kerana kami telah dimomokkan dengan berbagai cerita mengenai laluan ini pada waktu malam. Bukan lah cerita seram sebenarnya namun agak membimbangkan bagi aku yang agak rabun malam dan tidak biasa dengan laluan ini. Waktu Maghrib masuk betul-betul semasa kami sampai di Hentian Titiwangsa. Sudah banyak bezanya hentian ini berbanding semasa zaman aku mengikut ayahku semasa tahun 80an dulu. kami berhenti sekejap sahaja untuk membuang air kecil dan membuang sisa muntah anakku. Alhamdulillah, kami sempat turun dari laluan berbukit semasa langit masih berbaki cerah dan suasana malam hanya betul-betul gelap selepas kami melepasi pintu masuk ke Stesen Janaelektrik Pergau.

Walaupun laluan lancar, kereta pun tak banyak sangat namun ada satu perkara yang agak mengganggu pemanduanku iaitu rupa-rupanya di antara rombongan balik kampung kami itu ada yang tak tahan dengan laluan berbukit yang berliku-liku dan berbeza tekanan udara. Natijahnya, 3 daripada kami muntah dan bau muntah itu amat mengganggu ku. Alhamdulillah, pemandunya masih dapat bertahan :). Nampaknya untuk trip berikutnya sekiranya melalui laluan ini, kami harus memikirkan cara untuk mengurangkan risiko muntah ini.

Dipendekkan cerita, kami selamat sampai di rumah mertuaku di Padang Salim lebih kurang pada 10.30 malam. Keseluruhan perjalanan mengambil masa dalam 9 jam 30 minit. Agak memuaskan memandangkan jangkaan perjalanan jika melalui laluan Kuala Lipis - Gua Musang adalah 10 jam paling cepat. apa-apa pun, Alhamdulillah.

gambar : Husna, Asma' dan sepupu mereka Aishah di rumah Tuk Cik Nun di Gong Badak, Terengganu. 02/09/2011

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 1432H



Salam Ramadhan.

Entri pertama setelah sekian lama, dan entri pertama untuk Ramadhan tahun ini. Di kala Ramadhan menjengah pertengahan, Ma sakit. Demam agak teruk. Aku pun sakit. Tapi aku sakit tak apa, tak teruk. Ma  sakit agak teruk. Sampai tak boleh bangun.

Tuhan punya kuasa. Ditakdirkan abangku yang no 2 mudah cutinya. Alhamdulillah, sempat dia balik. Aku pula, lepas 2 hari baru sampai rumah. Syukur juga lah. Namun perkara sebegini terkadang menjentik hati kecilku. Ini baru demam biasa. Esok-esok kalu jadi lagi makin teruk lagi macam mana. Ayah dan Ma bukan nya makin muda. Dah sampai umur Nabi dah. Jiran-jiran sekampung ada lah, tapi kan lagi elok kalu anak-anak ada di waktu memerlukan. Besar sangat kah tugasku di bandar itu? Hmm.. agak berat persoalan ini.

Ramadhan tahun ni agak kelam kabut. Jarak rumah dan tempat kerja yang jauh (300km) tidak banyak membantu. Tarawih? 3 malam jer full. 2 malam masa kat kampung, 1 malam lagi masa berbuka di pejabat Senggaraan,Kluang. Yang lain, sama ada aku kena travel, terlalu letih atau mengantuk atau kena travel. Namun itu bukan lah alasan sebenarnya.

Juadah berbuka pula mostly dari bazaar Ramadhan. Kat Kluang memanglah, dah orang bujang. Kadang-kadang tu tak pergi pun bazaar, singgah jer kedai makan mana-mana dekat nak berbuka tu. Kat Subang pun sama, sebab orang rumahku agak sibuk dengan kerja dan anak-anak yang makin galak. Ada la sekali dua dia masak. Ok la. Aku pun faham.

Aku start cuti esok. 26/08. Plan nya nak balik dari Kluang petang ni dalam pukul 6 sebab nak kena kemas barang dulu sikit, target sampai Subang dalam pukul 11. Rehat kejap, dalam pukul 3 pagi agak-agak boleh gerak la.. Target Subuh otw maybe kat Simpang Pulai ker. Plan nya nak lalu Gerik sebab orang kata tak jem. Cuma nya agak tak konfiden sebab dah lama sangat tak lalu. Tapi ok kot. Takut sangat jem kalu lalu Gua Musang. Tapi, Cameron Highlands macam mana eh? Lalu Gerik jer la kot. Try..

// gambar : Husna dan Asma' di Strawberry Farm, Cameron Highlands, 24/07/2011

Monday, January 31, 2011

Huru Hara di Mesir


Ya Allah Kau peliharalah keselamatan adik perempuan ku di sana, dan juga seluruh rakyat malaysia amnya, dan Kau kurniakan lah keamanan kembali ke bumi bersejarah Mesir ini...Amin..

http://www.krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

update 06/01... Tek dah ada kat Jeddah.. komplen pulak kata duk kat Jeddah lagi haru biru drpd duk kat Mesir.. sbb kat Mesir aman (tempat dia lah), cuma brg makan dan prepaid xleh topup + duit xleh draw keluar.. kat Jeddah ni (sbb orang ramai sangat kot) bersesak-sesak.. adeihh.. takper lah sis, janji Papa dah lega dengar awak dah keluar dari Mesir..

update Jun 2011.. Tek dah balik ke Mesir dah.. sambung mengaji.. semoga dah takder kacau bilau lagi di sana. Amin..

Wednesday, August 4, 2010

Batuk


Dah 2 bulan.. mungkin lebih.. Husna batuk.. Asma' batuk gak.. tapi dah ok. Husna nyer, reda kejap.. pastu start balik. Siang hari ok, malam jer especially dinihari tu, mula lah. Kesian kita dengar. Kalu letak telinga kat dada dia, bunyi macam ada benda tersekat jer.. berat jer nafas dia.. ..

Tadi mama dia dah bawa jumpa Paed kat KPJ Shah Alam (SMC).. nanti malam nk tanya macam mana..

Friday, February 19, 2010

chinese new year

2 days leave + 1 day replacement of public holiday = almost a week at Kelantan. Still didn't have the time to go for a walk at Irama beach, Bachok. How I miss the sultry sea breeze and the wonderful aroma (and taste) of 'lokcheng' sold by hawkers on pedals.


But at least I can spend some time with beloved parents, moreover with declining health of both of them each in their own way making me cherish and treasure every moment I can be there for them. They are not getting any younger (we all do), yet all of their children are staying hundreds of kilometers away from them.. Hmm.. 
Husna also seemed to enjoy her time with her Tuk Ayah and Tuk Ma. Asma'? Well she does not understand yet. All she knows is to get feed when she's hungry..:).. My sincere prayer to Allah for Tuk Ayah and Tuk Ma to stay healthy .. and watch Husna and Asma' grow up.. and plus their future adik-adik too :D..


 From a modified version of M.Nasir's raya song.. "suatu hari di hari raya cina, ku lihat wajah suci ibu ku.. ku lihat wajah kasih ayah ku.. ku gembira...!"

Tuesday, December 29, 2009

Taiping. 25-27/12/2009.


 Taman Suria afternoon 25/12
Lake Town morning 26/12
 Lake Town morning 26/12














Malaysia's wettest town. Our own version of Forks, if u are a Twillight fan. Stayed at BIL's house nearby the Laketown area, very near to the MRSM Taiping.
Spent some quality time there with inlaws n nieces. Got a taste of bakso at Taiping bus station. Very delicious indeed. No Doli this time.
All in all, very good outing for family though it was rather ad-hoc planned.


// next trip to be pre-planned. Doli n mee udang Kuala Sepetang to be on the itenary. Plus the zoo.

Monday, December 14, 2009

Bvlgari Pour Femme by Bvlgari







Yesterday purchased this one for beloved wife. Happy.. err.. happy what eh.. happy school holiday? Ok, that will do.. hope u r happy with this.. Sorry your dearest hubby can only afford this much.. no special vacation, no romantic holiday of sort.. only this much.. but believe me my dear my love for u deserve greater boundaries beyond all those perishable things.


p/s: with some extra rezeki, (and correct timing!), we'll get that Poison in future ok..

Wednesday, December 2, 2009

Aidiladha 1430H

1~
Perjalanan balik 25/11/2009. Alhamdulillah, lancar walaupun delay 2 jam sbb terbangun lambat. Plan asal nk kuar 4 pagi++, tp jadi nya 6.30 pagi baru bertolak dr Subang. Stop kejap kat Petronas CT just b4 Tol rm3, isi minyak dan terus jer sampai la kat masjid Pagar Sasak baru pit-stop tukar pampers Husna dan Asma'. Jem sekejap di Cabang 3 dekat Guchil, K.Krai. Tapi alhamdulillah sekali lagi, pemandu2 tidak mengikut perangai tipikal drebar Klate (sori.. - ambo pun ore Klate) yg suka curi tulang (potong kokser kokder la.. ) dan jem hanya sekejap saja. Kalu semua pemandu bersikap begini kan bagus :). Di gertak (jambatan) cross Sg Durian, ada la nampak tanda2 aras air yg telah surut dan sedikit air masih bertakung di dalam kebun kelapa sawit di kiri jalan. Alhmadulillah, air dah surut (23/11 - jalan ditutup kerana air melimpah di jambatan Sg Durian. Wife kata, x lapar lagi, anak2 dh suap sikit masa kat Pagar Sasak, so kita terus jer.. sampai la kat Bukit Marak @ 3pm. Total teravelling time = 8 jam 30 minit (approx.). Fastest time so far travelling Subang Bestari - Bukit Marak / Padang Salim. X sangka lak, dgn 2 anak kecik boleh laju lak. Sbb x banyak menyinggah kot.

2 ~
26/11. Ke TESCO dgn Ayoh, Farah & 2 anak sedara. Err.. itu jer kot major event. Hehehee.

3 ~
27/11. Hari Raya. Solat raya @ masjid Bukit Marak. lepas solat, dlm 10am start upacara korban lembu2 di depan rumah Abe Daud, mcm 2,3 tahun sudah. Tahun ni ambik 1 bhg jer utk akikah Asma'. RM340/bhg. Naik dah sikit. Total 2 lembu tumbang. Aku x join sesi melapah, tp kena part last urusan perut dan peperutan nya. Sebahagian drpd daging korban dah diambil utk masakan jamuan makan tghri. Masa makan tu, tangan masih berbau isi perut lembu, tp sbb lapar punya pasal ku tahan jugak Jebat. Petang tu lepas time Jumaat baru balik Padang Salim. Tp x tido sana.

4 ~
28/11. Pagi tu jenguk umah arwah mak sedara yg baru meninggal. Sedih gak la suasana nya. Buat aku teringat kat org tua aku jer. Anak2 semua kerja jauh2. Hmm.
Petang tu baru balik Padang Salim. 

5 ~
29/11. Pagi ke Kuala Besut jenguk kawan Farah baru beranak. Balik, lunch di rumah Abe Mad @ Bukit Marak. Malam, dinner @ KFC with all family belah Ayoh tolak Asma' sorang yg kena tinggal kat umah Tuk Pa. Tp sayang, Husna tido lak.. Abis sesi di KFC, terus ke Wakaf Che yeh with Abe Li sekelamin. Ok la, dpat cari baju anak 2,3 pasang. Mcm x berbaloi dgn jem pun ada, tp nk buat camno dh mengantuk + letih xleh stay lama lagi dah..

6 ~
30/11 hari rilek dan lepak. Cuma lunch jer @ Bukit Merbau (kenduri umah Mok Cik Timah). Petang tu jenguk Chik & K. Na sekejap pastu terus balik pdg Salim.

7 ~
01/12. Bertolak dr Pdg Salim @ 7.25am Stop kejap @ Chucoh Puteri (simpang 3) dan RnR G. Musang utk salin pempers anak2.
Lunch @ Masjid Raub. Pastu terus jer, sampai la kat Subang Bestari @ 5pm. Mungkin boleh sampai awal lagi kalu x sbb jem area Kepong. 30 minit, 3km jer gerak nya.. huh.

Apa2 hal pun, alhamdulillah. Balik raya ok, Korban (akikah) ok, balik sini balik pun ok..

Wednesday, October 21, 2009

Raya 2009

Raya 1 - 20/09/09

Solat raya di masjid Bukit Marak. Actually ingat nk follow Papa, tp aku lak lambat siap kuar umah jer Papa dah jalan dulu. Takut lambat, pegi la masjid Bukit Marak, sbb katanya masjid Pauh Lima solat awal.

Sudah solat raya, balik Padang Salim. Makan sate! hehehee. Sebelum tu raya dulu la dgn Papa, Mama, Farah dan adik beradik ipar. Lepas Asar beraya ke rumah Chik di Berek, Gong Dermin dgn Ma, Mok, Husna dan Mat. Dindong ding dong, Lepas solat maghrib di Bukit Marak, aku balik utk tido di Pdg Salim.

Raya 2 - 21/09/09


well, aku draft ni dah lama tp x siap2.. so aku just post kan jer la... 

last sekali, balik KL dgn adik aku on 25/09, 3.30pm @ Bukit Marak, sampai Subang 12midnight.









Thursday, September 10, 2009

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

Selamat dah.. Isteri ku telah selamat melahirkan cahaya mata kami yg kedua pada 10.45am, 09/09/2009 di Pusat Perubatan Annisa', Kota Bharu.

Baby perempuan, 3.0kg. Alhamdulillah.. ibu dan anak sihat.

// bukan main lagi aku merayu dgn boss nk sambung cuti paterniti 10-14/09 dgn cuti raya start 15/09 setelah sebelum ini permohonan utk cuti raya seawal 14/09 telah direject. Alhamdulillah, dilembutkan hati boss utk luluskan cuti..

// nama dah rasmi.. Asma' Jamilah

Saturday, August 29, 2009

Education Plan

Must start planning for Husna's sis.
Suddenly i got 3 offer from my old skoolmate. All 3 almost at the same time. 1 for MAA, 1 for Takaful Ikhlas n 1 for Pru-BSN.
So, which 1 is better? Huh. Pru-BSN got some generally good reputation but still is not an automatic choice.
Still got sometime b4 the birth.

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan 1430H

Ramadhan datang lagi. Kali ini sekali pula dgn datangnya mid-term cuti sekolah.

Tahun ni aku masih blank camner nk prepare utk buka dan sahur. Farah mungkin kata ok, tp the fact is dia dah makin memboyot so x fair jugak nk harapkan dia utk masak semua. On the other hand, aku pun bukan pandai masak except telur mata & telur dadar. Huh.

30hb nak balik klate. Hantar Farah sambung cuti sampai deliver. Harap2 ok di perjalanan. 8 jam ++ is quite stressful for 8months pregnant mother. may Allah ease up our trip. Amin..

Balik ke sini, dah ambik tiket Firefly malam 02hb. Pastu.. bujang kembali la aku kat Subang ni..

13hb plan balik Klate. Dah ambik tiket dah.. malam tu. Harap permohonan cuti boss x kacau. Have to go back early since time Husna dulu pun awal 5 hari from the due date. This time, due date is 18/09 (2 hari b4 raya!) n based on experince with Husna, by the 13th it can be anytime soon..

Hopefully sempat witness the delivery of my 2nd child to bumi Allah ini. N kalu kata xdan pun, TukPa n Tuk Ayah are more than capable of taking care of them while i'm not around. setakat nk gi Annisa' tu, rasanya diorg lagi laju drpd aku.. Huhuhuu..


Monday, August 10, 2009

Husna.. kembali ke Klate.

10 Ogos 2009. Husna akan balik ke Kelantan bersama2 Tuk Ayah & Tuk Ma nya. Setelah 5 hari di sini. Rindu akan kembali berbunga. Diharap anakanda Husna bersabar. InsyaAllah Mama & Ayah akan pulang awal September nanti (tukar plan lagi..). Mama akan stay sehingga selamat melahirkan adik. Ayah akan pulang sekejap untuk urusan kerja dan insyaAllah kan pulang dan menyambut raya bersama2 seawal 13 September. Doakan permohonan cuti raya awal ayah diluluskan.

Monday, July 20, 2009

Plan balik Klate Ogos 2008 (cuti sekolah)

1) Balik dgn Farah & Mat, bawa MyVi. Balik KL dgn Mat.

2)
Balik dgn Farah, bawa MyVi. Tinggal MyVi kat Klate, balik sini naik Firefly.

3) X balik. Mama n Papa dtg Bangi utk hantar Mek Tek kursus 22/08, stay until 29hb Mek tek abis kursus,. Farah balik Klate with them.

Hmm. Have to decide by this week coz tiket Firely getting pricier by each date.

Update 20/07:
Takder satu pun drpd 3 kat atas tu.. Papa & Mek Tek mari dgn bas. Stay sini, pastu balik dgn MyVi. Farah ikut. Aku, balik raya jer la.

Thursday, July 16, 2009

98kg!

Itulah berat aku skrg ni.. Huh. camner la nk turunkan. Terasa dowh, Perut buncit dan sesak nafas even naik tangga umah. Nk bangun duduk pun x selesa. Tp makan nk sedap!!

Ada orang suggest aku x makan nasik malam2. As a start la. Of course kena exercise regularly n jaga diet yg lain gak. Which is something yg quite difficult to do lah, for me.. huh.

Update 20/07:
masih lagi 98kg..



update 10/03/2010:
sudah jadi 100kg!

Monday, June 15, 2009

10-14/06/2009 Subang - Pdg Salim - Bukit Marak - Subang

Allah uji aku dgn campak. Sudah x keruan jadi nya. Sumer benda aku nk marah. Sumer org aku nk marah. Kesian Mama Husna. Kena marah. Risaukan anak sakit lagi, kena marah dgn aku lagi. Dah la perut dah besar. Aku jadi serabut n bad-tempered. Totally out of control. Allah uji dgn campak jer. Baru sikit. Kesian x kesian. Anak org lain lagi Allah uji lagi berat.

Ya Allah kurniakan lah aku kesabaran. Simbahkan air penyejuk jiwa. Amin.

Malam tadi call tuk ayah dia kata dah ok sikit, makan lalu, pampers dah boleh pakai, dah boleh gurau2.. alhamdulillah...

Monday, April 20, 2009