Wednesday, July 24, 2013
Nasi Lemak
Status makanan.
Saya sudah biasa makan nasi lemak tanpa diletakkan kacang, daripada kecil sehingga umur 18 tahun apabila saya melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTS di Selangor. Nasi lemak bagi saya adalah nasi (lemak) berlauk sambal ikan bilis, telur rebus dan timun. Kalau ada variasi pun hanyalah tambahan telur goreng. Atau satu lagi variasi iaitu sambal dan ikan bilis yang digoreng berasingan. Itu sahaja definisi nasi lemak bagi saya.
Disebabkan itu, sampai sekarang saya tidak boleh makan nasi lemak bersama kacang, seperti resepi biasa nasi lemak di luar Kelantan. Kalu saya beli di kedai dan diletakkan kacang, saya akan asingkan dahulu kacang tersebut. Namun begitu saya boleh pula menerima perubahan/penambahan lauk-pauk lain seperti ayam goreng atau sambal sotong/udang/kerang.
Terima kasih.
Monday, July 22, 2013
Julai 2013
22 Julai 2013. Cukup 12 tahun 1 hari majlis graduasi ijazah pertama aku di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Ijazah aku, Bachelor of Electrical Engineering (Honours) atau BEE (Hons). Ini ijazah aku yang pertama, dan tiada ijazah kedua dan seterusnya. Sebab aku rasa burnt out giler lepas abis final paper aku untuk ijazah pertama ini. Aku langsung tiada keyakinan untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi untuk ijazah sarjana dan seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
