Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. :)



Malam ni nak balik kampung.. so nak ucap untuk sesapa yang terjengah blog ini.. semoga semua selamat. Aku tahu Ramadhan belum habis, tapi ucap kan lah jer kan.. semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Menjelang raya..



Sibuk. Itu lah kata kunci nya. Berkebetulan pula menjelang raya tahun ini dengan berakhirnya tahun kewangan untuk syarikat tempat aku bekerja. Maka tiba-tiba semua orang jadi sibuk. Itu tak siap. Ini tak siap. Ini perlu dihantar. Itu perlu di'submit'.
Aku yang tak berpa sibuk dan kurang beban kerja nya pada hari-hari yang biasa, turut terasa sibuk yang amat. Banyak kerja tertangguh. Meja bersepah. Makin serabut. Kata AJK Audit 5S, tapi meja aku satu S pun tadak!.
Itu perihal kerja. Sendiri? kereta Waja ku tiba-tiba 'breakdown' rupa-rupanya 'fuel pump' sudah habis hayatnya. Pagi itu baru saja ku tukar penyerap hentakan di belakang satu set untuk RM240.00.. dan petang itu juga ku tukar cermin mata baru dengan harga RM850.
Namun aku tahu aku perlu juga duit untuk balik kampung, dan duit raya untuk anak-anak dan mak ayah. Ku kira ini belum tahap musibah, cuma ujian biasa. Ada hikmah. Ya, hikmah bila ku fikirkan kereta Waja ku itu boleh saja 'brekadown' di tengah Gua Musang tatkala kami semua dalam perjalanan balik kampung, namun Allah takdirkan ia berlaku di hadapan bazar Ramadhan Bandar Pinggiran Subang. Alhamdulillah? Ya sudah tentu.. Subhanallah, ya juga sudah tentu!

Masa begini, terasa fitrah manusia perlukan Tuhan nya. Ya, kerana mengikut perkiraan logik manusia aku tidak akan mampu membereskan semua ini. Ya Allah, permudahkan lah urusan ku. Amin.

// gambar hiasan : Gunung Sinabung di Indonesia