Friday, August 29, 2008

Boss aku pindah

Ini cerita semalam..

Immediate bos aku dah transfer ke hq. So kiranya aku akan direct report kat big boss la lepas ni adoi aii.. Keja pa la yg dia nk bg ni. Kalu kena take over sumer keja ex-immediate boss aku tu kira letih la jugak sbb ada related dgn financial control sikit. Aku dah la bengap pasal financial ni. Dulu masa junior pun mcm x cukup coaching jer on this topik.

Aku tgh x keruan ni. Alahai.org anggap cabaran tu bagus dlm kerja. Tp, being me, aku tahu la setakat mana kemampuan aku yg x pandai ni.

Hari ni..

Masa meeting big boss kata aku still buat keja yg sama.. n will directly report to him. Keja2 ex-boss aku yg lain akan ditakeover oleh org lain.

Alhamdulillah. At least takde la aku pening lagi.. Rasa lega sikit..

Thursday, August 28, 2008

DSAI angkat sumpah (bukan bersumpah)

Salam.

Hari ni DSAI dah angkat sumpah MP setelah menang besar PRK P.Pauh baru ni.

Aku personally takde la konfiden sgt dgn DSAI ni. Tp nengok lahiriah famili dia (batiniah - yg tersembunyi kita x tahu), ok kot. Lgpun TG kata ok, ok kot..

Monday, August 25, 2008

Balik Kampung 21-24/08

Ekceli, rasa malas lak nk tulis entry ala2 diary ni.




Ekceli jugak, 22 & 23 tu jer yg betul2 kat kampung. Lagi 2 hari, byk abis kat jalan jer :(. Ini lah nasib kalu kampung tu jarak >500km dari umah sewa kat Dengkil tu haa... adeihh.






21/08 (Khamis)


Bangun lambat sikit (4am - plan 3am), tp ok lah, sempat gak tanak nasik Husna & buat sup utk bekal dia. Kuar umah 5.40am. Kira sempat la kuar sebelum Subuh. Stop solat Subuh di Petronas Taman Melati dlm kul 6.20am gitu. Sambung jalan sampai kat Petronas bentong (petronas Siti org kata), tuka pampers Husna. Pastu sambung jer lagi, sampai la kat masjid Raub. Kitorg beli nasik lemak bungkus kat kedai tepi masjid. Makan kat belakang masjid tu jer. Nyam nyam. Sedap gak nasik lemak dia.




Pastu sambung lagi jalan. Aku tiba2 jer ngantuk. So stop kat masjid apa ntah alik sana Penjom sikit. Bantai Red Bull + Camel sebatang. Pastu stop lagi kat masjid Pagar Sasak. Sambung lagi.. sampai la kat RnR G.Musang dalam kul 12.40pm gitu. Lama gak stop kat sini. Lunch Husna dan kitorang sekali. Lepas lunch tu Farah mandikan Husna. Setel..




Pastu aku drive steady jer... sampai dekat Kem Desa, aku exit ikut jalan Alur Hijau. Kuar Jalan Pasir Puteh. Stop jap kat masjid Mahligai. Sempat la beli bahulu kat simpang tepi taliair tu RM5 (25 bijik tu).


Last2, sampai gak kat rumah Padang Salim @ 4.50pm. yea!


Malam tu letih woo, aku ingat nk layan Kekasihku Seru. Alih2 tertido depan tv.. adoi aii...




22/08 (Jumaat)




Pagi tu bfast nasik lemak. Best woo.. Aku makan sampai 2 pinggan! Lepas makan, letih x abis lagi, aku bantai sambung mezzzzz sampai 11 lebih. Tu pun x ilang lg mengantuk tp xkan nk sambung lagi kot. DLm 12.40pm gitu, gi Jumaat kat masjid Pauh Lima dgn Papa & Abe Cik.


Lepas Jumaat, makan dan terus ke rumah Mok Mah @ Melor. Pastu balik rumah, terus ke Bukit Marak. Lepak sampai malam . Dinner kat sana - makaroni bakar & laksa. Nyam nyam. balik ke Padang Salim ~9.30pm.




23/08 (Sabtu)


Bfast pulut + nyor + ikan kering. Best best!. 8am, ke KB. Pasar lama (MPKB) buka 9am. Pusing2 dlm tu lama gak. Farah beli tudung, kain pasang. 11am, makan mee & kteow celup kat bawah tu, pastu ke kedai kek Muhibbah. Beli kek utk bekwoh Mek Yan. Pastu balik.


12pm+, ke Permatang Pusu (bekwoh Mek Yan) dgn Farah, Husna, Mama, MekNa, MekTi. 2pm+, balik. Tido.. 4pm bangun jamak, pastu terus ke Bukit Marak.


Dinner - nasik lauk sup ikan kerisi & ikan kerisi goreng diperam 1 hari. Best best!




24/08 (Ahad)


Bfast nasik belauk gulai ikan aya + sayur goreng. Ma bekalkan sandwic sadin utk makan tgh jalan. Ding dong ding dong, 9.17am baru kuar umah. Sempat mandikan Husna dulu.


Singgah di: Chucoh Puteri, RnR G.Musang, masjid Penjom (salin pampers Husna). pastu stop di RnR Benta. Lunch. After that continue sampai masjid Bentong. Jamak dan makan sandwic. Salin pamers Husna sekali lagi. masuk Karak & MRR2, start jem. Kuar ikut PLUS then exit Kajang. Jamak di Petronas SILK.


Sampai Dengkil 9pm. Dinner Maggi + telur.




Itu jer lah peristiwa 21-24/08. Syukur kepada Allah, selamat pergi dan kembali.


Tuesday, August 19, 2008

Kain Cinta Putih

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum di taman hati
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Monday with Famili (purely diary gak)

18/08

Petang balik ikut BBB sbb minyak dah naik warning. Isi minyak kat Petronas SILK dan terus balik. Sampai rumah dekat 7pm. Lepas Maghrib Abe le sampai. Mat sampai dekat2 9pm. Terus kuar gi Downtown KLIA. Dinner kat kedai Mamak. Ayoh belanja..

Monday, August 18, 2008

Wiken with Famili (Purely diary)

16/08:

Pagi bfast nasik lemak. Best!. ~11.40am, ke Alamanda dgn Farah & Husna. Cuci gambar, beli Milo. Balik tu (~3pm), kejap jer Abe Li & famili sampai. Lunch lewat (~5pm). Ayoh, Abe Le & Adira sampai ~6.30pm.
Dinner lauk asam pedas ++. (lepas mat sampai ~9pm).

17/08

Bfast kteow goreng. Best jugak!
Pagi tu jugak bawa Ayoh ke Klinik Zalfah. Sakit Gout. Teruk gak. Kena 1 injection + kena makan 3 jenis ubat. Alhamdulillah, menjelang petang tu mcm dah ok sikit.
Lunch lauk kari daging, kerisi goreng, telur dadar etc. Mad Rod & saing join. ~ 4pm, ke Alamanda (Mat balik terus ke Jalan Kebun). Lepas tu terus ke Taman Warisan Pertanian. Sayang, x bawak kamera! Lepas tu Farah, Husna & Ayoh ke Masjid Putrajaya, aku follow Abe Le ke Sg Ramal. Balik ~ 6.50pm naik Wira. Singgah Masjid Putrajaya. Solat Maghrib di sana. Balik dekat2 9pm. Dinner lewat.

Friday, August 15, 2008

Pindah?

Well, lately, isu pindah ni dah jadi antara topik penting dlm famili (aku dgn wife aku la. Husna join menyibuk jer).. My wife proposed utk pindah ke area Subang. Dekat dgn opis aku n at the same time, dekat dgn sedara mara i.e Abe Le & Mat pun.

Kenapa kitorg nk pindah?

1) Jarak opis - rumah yg jauh.

- Minyak kan dah banyak kali naik sejak zaman PakLah jadi PM nih.. Sejak naik RM2.70/liter ni, mmg terasa lah.. Aku congak2, minimum RM500 sebulan abis utk minyak saja.. huhuhu.

- Anything happen kat umah, aku lambat sampai. Contoh, masa ular masuk umah 03/07 baru ni. sejam baru aku sampai.

- Aku selalu sampai lambat kat umah. Kdg2 sampai 9pm+. (of coz, kdg2 tu sbb aku menyinggah kat pasar malam). At least, if kitorg pindah, aku bole sampai umah b4 mghrib, or b4 gelap.


Byk gak benda nk kena pk dlm proses pindah ni.

1) Tuka sekolah - Sekolah mana? Aku ingat la kan.. Nk target 3 sekolah..

SMK Subang
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Cakap (taip!) pasal pindah sekolah ni, aku still pening2 sebenanya (campur dgn proses pindah umah jugak!).

2) Rumah sewa - Nk sewa kat mana? Area perumahan takut mahal.. Nk kena survey area Kg Melayu Subang kot ni.. ada ke ek, ala rumah sewa kampung gitu. Lebih kurang umah sewa kat Dengkil skrg la.. At least nk yg yg sewa RM600 ke bawah. Ada ke, area Subang ni?

adoii aaii... BTW, wife aku dah submit borang utk tuka bulan 9 nih semalam. Dapat x dapat tu cerita lain. Aku to be honest pun x brp ready lagi kalu pindah bulan 9.. At least Januari 2009 ok kot..


Bulan dan Angin (betui ka nama lagu ni?)

Salam. Dengar lagu ni kat klasik nasional on d way to ofis tadi. Lagu versi nyanyian semula oleh A. Ramlie & sapa ntah.
// asyik post lirik lagu jer skrg ni? :)
Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawalah pesan ku ini
Kepada dia yang ku cintai
Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji
Duhai kekasih kelana
Kecewa kini hidup kita
Dengan desakan saudara
Terhalang segala maksud kita
Lupakan dan hapuskan
Segala perjanjian
Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji

Thursday, August 14, 2008

Allahyarham Dato' Fadzil Noor

Pagi2 ni baca blog ni. Selama hidup, aku x nampak/sedar ketokohan beliau. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh beliau. Amin.

http://chemekmolek.wordpress.com/dalam-kenangan/

Wednesday, August 13, 2008

Hadiah (Hari Lahir Anakku)

Tadi baca blog orang. Jumpa sajak ni. Mcm best.
Hadiah (Hari Lahir Anakku)


Anakku belum bisa berkata lagi,
Putih hatinya putih wajah nabi;
Senyum dan tangisnya adalah kata hati,
Rekahan bunga dibawah sinar matahari pagi.
Kawan-kawan yang datang serta persembahan
Tanda selamat tanda khidmat
Hari-lahir yang selalu dimuliakan.
Ah, kenapa kaubawakan senapang,
Kereta meriam dan kapalterbang perang,
-Meski sekadar barang mainan-
Sebagai tanda-mata hari-lahir gemilang?
Betapakah kerelaan dari kebenaran
Antara kehormatan dan keyakinan teguh,
Sebab kau mengajar anak-anak membunuh?
Manakah milik dunia yang baik,
Ah, berikan padanya, ia bias senyum jua
Meski sekadar sekerat pensil kayu cuma.
Anakku dan anak-anak kita semua
Jangan dilukai hati mereka dengan senjata,
Biar di wajah dan hatinya cinta berbunga,
Dunia yang damai, hidup yang sejahtera!

Usman Awang, 1960

Malam Bulan Dipagar Bintang

Assalamualaikum.
Pembuka kata di pagi ini. Berikut adalah lirik lagu yg menginspirasikan nama blog ini :)


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Tuesday, August 12, 2008

Mengapa Dirindu - Saloma

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


// lagu untuk hari ini. hehe.

Ayoh & Ma balik Klate

Malam tadi hantar Ayoh & Ma ke hentian Kajang. Bawak Farah & Husna sekali.. Ayah & Ma naik bas 2 tingkat tu (dabel decker). Bas bertolak 10pm.

6am pagi tadi, dapat SMS dr Ayoh, dah selamat sampai di KB. Alhamdulillah...

Monday, August 11, 2008

Pilihan Waktu Kerja

Aku belek blog ustaz Hasrizal di saifulislam tadi. Jumpa satu comment yg antara lain mengutarakan pendapat yg manusia (baca: pekerja atau orang yg bekerja sendiri) sebenarnya boleh balik awal atau lambat, adalah terletak kpd pilihan kita sendiri.
Aku termenung. Skrg ni mmg selalu balik lambat. Padahal, keja x banyak pun (relatif). Tp still waktu kerja sampai 5.30pm tidak membolehkan aku balik dan sampai awal ke rumah. Ditambah pula dgn jarak rumah ke pejabat 47km.

Career Planning

pagi ni aku terbaca post di mesra forum mengenai career planning. so what's my career planning for the next 5 n 10 years? huhu.. ini aku copy drpd komen aku kat mesra..

ko plan jer sendiri. x perlu heboh kat orang. only u know how good u are. tp betul la. kayu pengukur bukan setakat how much u earn.
mcm aku, aku bersyukur sbb Allah dh bagi aku otak yg bole tahan bijak masa sekolah, so dgn itu aku dapat result yg bole tahan bagus dan dapat course yg bole tahan ok gak utk further studies di u. tp aku struggle masa duk u n masa duk u jugak lah aku dapat experience mahal jadik pelajar bodoh. maybe sbb culture shock dgn sistem pembelajaran atau mmg simply otak aku bole tahan sampai ke situ jer.
at the end of the day, aku grad jugak dan dapat segulung ijazah waima dgn result yg cam hampeh. satu co pun xnak terima aku masa aku terhegeh2 carik kerja dulu n terpaksa aku merayu kat ex-sponsor aku utk terima aku as a trainee. to cut the story short, akhirnya aku diserap ke jawatan tetap after 2 years wpun prestasi aku xde la cemerlang sgt.
so, sbnrnya in term of career planning, aku just let it be as it is. maknanya terserah kpd HR aku lah. professional-wise, mmg aku rasa aku x larat nk sambung utk dapat professional qualification or watsoeva sbb i know i was never good enough. nk dapat degree pun cam nk pengsan, ini kan pula nk sambung masters or, phD, or get an Ir.

Ayah & Ma dtg KL

08/08/08:

Jumaat malam, lepas keja terus blah gi Bandar Baru Bangi. Sampai kat AzZahrah, call Ayah dia kata bas baru kat Sg Besi. Soo lepak dulu.. naik Billion beli towel utk Husna. 7pm, ke Hentian Kajang. Jem sekejap kat roundabout tuju ke Jln Reko. sampai Hentian Kajang ~7.30pm. Ambik Ma & Ayah, terus blah. Singgah kat masjid jamek Bandar Baru Bangi utk aku solat maghrib. Malam tu dinner lauk bawal masak kari. Abe Le pun join sekali. Dia dtg dgn Adira. Tp lepas makan sekejap dia balik la..


09/08/08:

Bfast apa ek aku dah x ingat. Lepas bf tu ke pasar Dengkil dgn Farah. Beli barang2 utk mee kari. Mee kari siap dlm 11am+. Makan mee kari beramai2 (Ayoh, Ma, Farah n aku). best!.
Farah gi sekolah ~11.40am.
Lepak rumah sampai lepas zohor. ~2.30pm, ke Sri Kembangan via Taman Equine. Lepak umah Abe Nor sampai 4pm. Then terus ke BB Bangi umah Hj Tokiran. Balik 6pm via jalan belakang. Sampai Dengkil 6.35pm.
Malam tu makan apa ek. Aku pun x ingat da..




10/08/2008:
Pagi bekfes nasik lemak. Best woo... gabungan Ma & Farah. pehhh.. Mat sampai 11am+. Abe Le sampai dlm 1pm. Lepas zohor dlm kul 2pm gitu, terus ke UPM.







Wedding Sarah grand jugak. Kat dewan banquet UPM tu. Siut jer pusing2 nak carik location, rupanya masuk dr pintu belakang tu lagi dekat. selebriti pun ada i.e Dato' Fadzillah Kamsah & Ustaz Nasha (Timb. Pres. PAS).



Petang balik, rilek kejap, solat asar. Dlm 6pm, ke Putrajaya depan masjid. Bawak Husna jalan2. Hepi betul dia.
Malam tu dinner nasik goreng jer.

Friday, August 8, 2008

acu cuba try test

assalamualaikum.

just trial. semoga semua sihat alhamdulillah.. hari ni mcm biasa jer. bfast kteow goreng + telur mata.

jumaat kat MSUA, Bukit Damansara. Lunch depan masjid tu jer. nasik tomato lauk ayam. RM5 sehh. mahal semua skrg nihh.

lepas jumaat tadi ada org maybank call. intebiu pasal loan guarantor adik aku nk beli myVi. sikit punya detail gak la dia tanya. aku sewa umah brp sebulan pun dia tanya daa..

petang nih nk ambik ayah & ma di Hentian Kajang. mintak2 bole sampai awal. x payah diorg tunggu lama2..