
Piala Dunia kali ni kebetulan jatuh bulan Ramadhan. Bulan puasa. Bagun sahur sambil layan bola. Ataupun kalu ada game pukul 12, memang aku tak tidur la jawabnya. Tapi tak apa, sebab seperti biasa aku layan game yang melibatkan Jerman je.
Pendekkan cerita, kesudahan edisi kali ni amat menggembirakan. Jerman juara beb, selepas 3 kali berturut2 gagal last minit. Ada la detik cuak, terutama masa kena lead dengan Ghana masa group phase dan struggle lawan Algeria di pusingan kedua. Menang 1-0 je dengan pasukan Perancis yang bagus pada kali ni kat suku akhir. Namun semua itu semua keraguan terhapus bila Jerman mempamerkan persembahan menakjubkan bila membelasah Brazil 7-1 di separuh akhir. Banyak rekod dipecahkan pagi tu. Menang besar lawan tuan rumah beb, Brazil pula tu. 'Raja' bolasepak dunia. Walupun dibantu persembahan di bawah par Brazil, namun ia tetap kenangan manis, tambahan pula Miroslav Klose pecahkan rekod gol Ronaldo dengan gol Piala Dunia ke 16 nya untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat seketika.
Habis separuh akhir, dub dab dub dab menunggu Argentina di Final. Ye la, meminjam kata Toni Kroos, "World Cups are not won in semi finals". Risau, takut Jerman 'peak' terlalu awal dalam game lawan Brazil. Alhamdulillah, walaupun struggle dan ada peluang2 Argentina yang sikit lagi nak goal, namun kedudukan kekal 0-0 90 minit sehingga pemain reserve Mario Goetze skor gol kemenangan pada minit ke 113. Jerman menang 1-0. jadi le. Lepas 24 tahun sejak last julang World Cup. Akhirnya, barisan pemain yang digelar skuad terbaik Jerman ini mampu berdiri setaraf dengan pasukan hebat zaman lampau. Walaupun belum terbukti karisma mereka jika ketinggalan dua atau tiga gol, namun barangkali karisma mereka terletak pada kemampuan mereka untuk tidak membenarkan lawan mendahului. Tahniah buat Philipp Lahm and co dan coach Joachim 'Jogi' Loew.
Selaku peminat Jerman sejak 1986, sejak zaman Jerman Barat, zaman Rummenigge and co lagi, aku puas. Jerman sekarang bukan lagi seperti Jerman dahulu yang kurang popular. Jerman sekarang dah ramai peminat, main dah best bukan boring. Dan yang paling penting, bukan main saja menarik tapi juga mampu menang Piala.
Danke, Jungs!