Thursday, October 18, 2012

Nasi Dagang

Nasi dagang.  Antara makanan popular di negeri-negeri Pantai Timur, terutama Kelate dan Tganu. Selalu dimakan sebagai sarapan pagi, walaupun tiada sebarang salah pun jika makan di waktu lain. Agak berat, kalu makan sarapan boleh kenyang sampai pukul 3 petang.

Ada banyak versi nasi dagang ni, atau nasik dage (mengikut sebutan orang Klate). Versi yang banyak ini juga boleh mengundang konflik jika tak kena dengan citarasa orang yang memakannya.

Versi Klate:
Secara amnya, nasi dagang versi Klate pakai beras yang dicampur beras lembut, yang kaler merah/perang tu la. gulainya warna kuning cerah. Gulai yang popular ialah gulai ikan namun ada juga gulai udang dan ayam. Hiasan biasa ada telur rebus dan hirisan timun batang (timun la, kata orang KL). Ada sesetengah tempat yang dimakan dengan sambal kelapa (macam sambal kelapa yang dimakan dengan ketupat nasi tu la)

Versi Tganu:
Versi Tganu, nasinya putih. Nasi campur dengan beras pulut dan digaul santan macam nasi dagang Klate juga, cuma kaler dia putih la. Gulai pula kaler lebih gelap dan dimakan dengan acar timun sebagai aksesori.

Namun begitu, dewasa ini banyak pula terjumpa nasi dagang versi 'fusion' iaitu nasi nya macam versi Klate, tapi gulai 'tua' dan ada acar timun macam versi Tganu. Itu tak mengejutkan mana lagi. Yang lagi buat aku terkejut, ada juga orang Klate yang kata, setahu dia, itu lah nasi dagang versi Klate yang biasa dia makan pun.

Hmm.. barangkali selama ni aku yang salah faham kot..

// tiada gambar.. hehe

Tuesday, October 16, 2012

Bicara Oktober 2012



salam to all, (cheh bunyi macam nak send email on work related stuff plak)

Punya la lama giler aku x post apa2 kat blog ni. Sejak webmaster (betul ker) ICT tempat aku keja dah block semua jenis blogspot, wordpress and whatever yang didefinisikan sebagai social-website (yer ker - hentam jer lah), aku dah menghadapi masalah untuk access page ni. Ada mobile broadband, tapi selalu wife aku pakai dan kalu pakai pun kadang2 tu boleh menguruskan pahala puasa (macam aku puasa). Ya la, tapi kalu betul bulan puasa betul la boleh kurus pahal puasa, so to speak.

So many things happened. Jerman dah kalah kat semi-final Euro 2012. Frust tak payah cerita lah. Nasib baik, Kelantan The Red Warriors menang Malaysian Super League dan juga Piala FA. Heppy la jugak.

Raya? Tahun ni Raya Puasa kitorang balik ikut Tganu. Lalu LPT n Bukit Besi, susur Kuala Berang, Sg Tong, pastu err. tak ingat.. lalu Kuala Besut kalu tak silap, Gertak Seratus, Tok Bali dan Kandis.. Cuti Raya agak panjang tapi macam biasa, holiday is never long enough. Tuk Pa dah agak uzur, TukMa masih cergas namun biasa la, dah berumur takde la macam orang muda. Tuk Ayah dan TukMa masih menten namun jelas usia makin memamah sisa kehidupan mereka. Bila la kerajaan nak wujudkan polisi menggalakkan majikan mempostingkan (apa sinonim bahasa Melayu nya eh?) pekerja di negeri asal, atau negeri di mana ibubapa mereka tinggal. Boleh ker macam tu?

Kerja? Alhamdulillah banyak projek komited utk tahun ni dah siap sebelum raya. Tinggal satu jer tak siap-siap.. Pressure dah kurang, tapi aku still rasa aku tak sesuai buat kerja ni. Tapi dalam masa yang sama aku dah tak tau kerja apa lagi yang aku boleh buat. Haha padan muka aku. Kerja yang memerlukan aku cakap dengan ramai orang. Benci betul, tapi kalu tak cakap dengan orang aku nak cakap dengan apa lak yer.. hehe.


// gambar hiasan: Gunung Bromo di Indonesia..