Tuesday, March 22, 2011

Tekanan Kerja


Disember 2010, aku bertukar tempat kerja. Masih di bawah naungan label syarikat yang sama (label - macam artis pula), namun di lokasi yang berbeza. Masih berpusing di sekitar skop kerja yang lama, namun dengan tanggungjawab yang bertambah.
Aku pernah membuat draft posting berkenaan perpindahan ini, namun tidak pernah pula kupostkan di sini.
Pelbagai perbezaan ketara ku alami semenjak perpindahan ini. Antara yang paling kurasakan adalah aku makin stress!.. ini pun aku tengah stress, namun ku luangkan juga masa sekejap untuk ku luahkan di ruangan maya ini.
Jarak rumah yang jauh dengan pejabat baru juga menjadikan aku sebagai suami dan bapa hujung minggu sahaja. Sekali sekala, bahkan hampir setiap minggu aku ada urusan di HQ, lantas ku ambil peluang untuk bermalam di rumah. Awal-awal dulu terlintas juga di hati untuk berpindah, namun selepas 2 bulan di sini, aku rasakan itu tidak perlu.
Awal-awal dulu kurasakan ok, namun selepas 2 bulan dan selepas beban kerja makin bertambah, aku jadi makin beremosi dan asyik teringat keluarga di Subang..
Rakan kerja dan boss-boss lama, bila berjumpa sahaja mereka terus menegur sosok badanku yang semakin berisi. Tidak kunafikan, berat badanku sudah bertambah sejak berpindah.

Sesungguhnya, perpisahan itu mengajarku erti rindu.. (pergghh ayat tak menahan)