Thursday, December 27, 2012

Blog Baru

Aku terfikir. Elok juga kalau ku buka blog baru. Atau akaun facebook baru.

Tujuan aku, aku nak tumpukan blog baru untuk sesi luahan perasaan. Semua rasa negatif rasa kecewa marah dan sebagainya aku nak letak kat situ. Macam ni, aku tak campur aduk dengan info lain yang bagus.

Tapi kan. Ada ke masa. Macam buang masa pun ada. Aku bukan dibayar gaji untuk update blog dan facebook. Selama ini, aktiviti ini aku teruskan kerana bagiku ia satu terapi di mana aku boleh luahkan apa yang aku rasa tanpa perlu face-to-face. Perasaan aku jer aku fikir, perasaan orang yang kebetulan baca blog aku macam mana. Kawan-kawan FB aku pun agaknya bosan duk baca posting aku yang negatif itu :).

Hmmmm... Entah la. Aku fikir la sambil breakfast ni..

Tambahan after lunch : susah pula nak setup blog baru. Dulu rasa macam senang jer. Adoii.

Wednesday, December 26, 2012

Disember 2012 : Entri Nombor Tiga

Banyak pula entri bulan ni. Mungkin, sebab dah dapat install mobile Apps yang boleh update blog daripada smartphone.

Stail entri aku masih sama. Banyak berkisar keluh kesah dan gundah gulana berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Aku tahu entri-entri yang aku post tidak akan menyelesaikan masalah namun bagi aku, ini salah satu cara aku. Cara aku terapi aku untuk meredakan tekanan.

Bagaimana ya, jika pada usia hampir mencecah 35 tahun dan lebih 10 tahun dalam bidang ini, baru sedar yang ini bukan bidang aku. Selama ini pun dah sedar, tapi masih dalam 'state of denial' dan mencuba untuk menyesuaikan diri.

Jauh di sudut hati, aku sedar masalah ini adalah masalah diri aku sendiri. Tekanan kerja, dateline, karenah manusia-manusia yang tentunya berbagai jenis ragamnya, adalah di luar kawalan aku. Ujian yang datang seharusnya mengajar dan mematangkan aku. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Dulu aku gugup untuk bercakap di khalayak, sekarang aku malah gugup hatta untuk bercakap one-by-one. Aku makin lemah. Apa yang aku masih boleh menarik nafas lega, ialah aku sedar semua ini berlaku.

Aku terbelenggu, dengan kekangan luaran dan juga sifat negatif yang tersedia dalam diri.



gambar hiasan : gambar yang aku ambil dari dalam kereta semasa di laluan PLUS dari Selatan menghala ke Utara (KL). Laluan ini sangat cantik dan lurus, lari 120km/h pun tak rasa sangat, tapi had laju dia 90km/h..

Monday, December 24, 2012

Disember 2012 : Entri Nombor Dua

Ayah Sakit
Ayah sakit. Tak boleh jalan. Dah operate dalam bulan ni. Harap ok dan bertambah baik.
Aku sedikit ralat. Sebab, tinggal jauh dengan ayah. Dan Ma. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.

Rumah Baru
Kunci dah dapat. dah boleh pindah. Tapi agak kalut proses untuk pindah itu. Tak tau sempat ke tak dalam tahun ini. Cuti sekolah dah nak habis.

Tekanan Kerja
Lagi! Pengalaman kerja 10 tahun tidak banyak membantu. Lebih lama kerja sepatutnya aku makin tenang tapi sebalinya aku jadi makin teruk. Makin skeptikal, makin pessimist.

Friday, December 7, 2012

Disember 2012 - Entri Nombor Wahid.

Ini entri tanpa gambar. Mungkin lepas ni aku tambah gambar hiasan. Tapi kemungkinan besar tak.

Sekarang admin ICT tempat aku kerja dah allow balik blogspot. Bukan itu saja, Facebook pun diorang bagi buka. SO, ini lah aku, mencelah di samping kerja me'revise' memo.

SATU
aku nak cakap pasal Palestin. Gaza. Memang kesian tengok mereka yang jadi mangsa. Yang budak-budak. Aku yang dah jadi bapa orang, ada anak sendiri, lagi cepat terasa.

DUA
Malaysia masuk Piala AFF Suzuki. Harimau Malaya. Kalah semi-final. Bungkus kena lauk dengan si Gajah Perang, Thailand. Sokong tetap sokong. Dah aku rakyat Malaysia. Tapi frust tetap frust sebab player Kelantan tak dipanggil wakil Malaysia kecuali 2,3 orang. Ingatkan dapat juara treble, dapat la tengok ramai player Kelantan main dengan team Malaysia, tapi aku kecewa.