Wednesday, December 26, 2012

Disember 2012 : Entri Nombor Tiga

Banyak pula entri bulan ni. Mungkin, sebab dah dapat install mobile Apps yang boleh update blog daripada smartphone.

Stail entri aku masih sama. Banyak berkisar keluh kesah dan gundah gulana berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Aku tahu entri-entri yang aku post tidak akan menyelesaikan masalah namun bagi aku, ini salah satu cara aku. Cara aku terapi aku untuk meredakan tekanan.

Bagaimana ya, jika pada usia hampir mencecah 35 tahun dan lebih 10 tahun dalam bidang ini, baru sedar yang ini bukan bidang aku. Selama ini pun dah sedar, tapi masih dalam 'state of denial' dan mencuba untuk menyesuaikan diri.

Jauh di sudut hati, aku sedar masalah ini adalah masalah diri aku sendiri. Tekanan kerja, dateline, karenah manusia-manusia yang tentunya berbagai jenis ragamnya, adalah di luar kawalan aku. Ujian yang datang seharusnya mengajar dan mematangkan aku. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Dulu aku gugup untuk bercakap di khalayak, sekarang aku malah gugup hatta untuk bercakap one-by-one. Aku makin lemah. Apa yang aku masih boleh menarik nafas lega, ialah aku sedar semua ini berlaku.

Aku terbelenggu, dengan kekangan luaran dan juga sifat negatif yang tersedia dalam diri.



gambar hiasan : gambar yang aku ambil dari dalam kereta semasa di laluan PLUS dari Selatan menghala ke Utara (KL). Laluan ini sangat cantik dan lurus, lari 120km/h pun tak rasa sangat, tapi had laju dia 90km/h..

No comments: