Kadang-kadang rasa nak quit je kerja. tak tahan tekana beb. Tapi kalu tak kerja takdok pitih beb. Sapa nak tanggung anak bini aku beb. Ada hikmah juga dah berbini anak ni. Kalu solo lagi, berat juga tanggungan jiwa lara nih.
Kalu quit, nak buat kerja lain. Kerja apa yang aku reti buat beb. Apa benda yang aku suka buat yang aku boleh translate buat pitih? Setakat hafal nama pemain bola Jerman tak laku beb. Tapi itu jer la yang aku rasa aku lagi terer daripada kebanyakan orang kat Malaysia ni. Orang kata kerja kat lab less intreraction dengan people. Yer ker. Buat research, uji itu uji ini.. Tapi nak uji, kena pandai beb. Aku tak pandai. Nama Electrical Engineer, nak pasang lampu kat rumah pun haram aku tak reti. Malu weh. Kadang-kadang aku naik heran macam mana aku boleh lulus Ijazah dulu. Yer la aku tahu la kuasa Tuhan, tapi bila ku pikirkan kebengapan otak ku sekarang ni, aku heran jugak la.
Aku tengah tekanan ni. Ada orang tanya soalan teknikal aku tak boleh jawab. Minggu depan ada meeting. Kena cakap depan orang. Aku punya la tak suka cakap dengan orang. Tapi kalu tak cakap dengan orang aku nak cakap dengan apa kan. Takkan nak cakap dengan PC aku ni kot. Introvert kelas tinggi aku ni. Tapi pernah juga aku cakap dengan nasi goreng USA kat satu kedai tu. Tak tau la ada orang perasan ker tak.
Aku cakap dengan blog ni jer lah. Tapi nanti ada juga orang baca. Kira cakap dengan orang gak tu. Eh, baca tak sama dengan cakap, sebab kita tak payah tengok muka dia. Bukan face-to-face communication. Pemalu tak bertempat betul lah. Tapi blog ok lagi kot. Kalu tulis dalam facebook lagi ramai orang baca. Tak boleh, tak boleh... terlalu publik tu.
Mungkin.. aku kurang mengaji kot (mengaji = baca Quran). Bila baca Quran, kita baca kalam Allah. Baca kalam Allah, kena lah ingat Allah. Ingat Allah, hati akan jadi tenang.
// Gambar hiasan : Bristlecone Pine, antara pokok yang tertua di dunia. Anggaran 4000 tahun lebih. Tua tu.

