Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

AidilFitri 2011 (part 1 - The Journey Home)


Aidilfitri 2011 agak kalut walaupun cutinya agak panjang kerana berkebetulan dengan cuti Hari Kebangsaan.

Kami pulang pada 26/08/2011, melalui lebuhraya PLUS dan jalanraya Timur- Barat. Plan asal bertolak pada 3 atau 4 pagi, tidak menjadi kerana aku dan isteriku keletihan. Kami hanya dapat bertolak dari Subang pada 12 tengah hari Jumaat itu. Agak kalut, kerana jika sudah mencecha waktu Zohor aku harus menunaikan solat Jumaat dulu sebelum berangkat. Secara keseluruhannya perjalanan agak lancar, hampir tiada 'jem' ku temui kecuali ketika turun dari Jalan Timur Barat dari Pergau menghala ke Jeli. Kami jamak di masjid Kg Sumpitan (?) di jalan Kuala Kangsar-Gerik. Ada pendapat bahawa lebih afdhal untuk solat Jumaat sekiranya mula bermusafir selepas Subuh, namun aku mengambil rukhsah kerana agak sukar untuk meninggalkan isteri dan anak-anakku. Aku amat jarang menggunakan laluan ini, paling akhir pun rasanya pada 2008 itu pun menumpang abang ku yang no 2.

Disebabkan waktu bertolak yang tertangguh, kami agak lewat tiba di Gerik namun aku bersyukur kerana dapat melepasi laluan berbukit di Jalanraya Timur barat sebelum malam menjelang, atau lebih tepatnya sebelum gelap. ini kerana kami telah dimomokkan dengan berbagai cerita mengenai laluan ini pada waktu malam. Bukan lah cerita seram sebenarnya namun agak membimbangkan bagi aku yang agak rabun malam dan tidak biasa dengan laluan ini. Waktu Maghrib masuk betul-betul semasa kami sampai di Hentian Titiwangsa. Sudah banyak bezanya hentian ini berbanding semasa zaman aku mengikut ayahku semasa tahun 80an dulu. kami berhenti sekejap sahaja untuk membuang air kecil dan membuang sisa muntah anakku. Alhamdulillah, kami sempat turun dari laluan berbukit semasa langit masih berbaki cerah dan suasana malam hanya betul-betul gelap selepas kami melepasi pintu masuk ke Stesen Janaelektrik Pergau.

Walaupun laluan lancar, kereta pun tak banyak sangat namun ada satu perkara yang agak mengganggu pemanduanku iaitu rupa-rupanya di antara rombongan balik kampung kami itu ada yang tak tahan dengan laluan berbukit yang berliku-liku dan berbeza tekanan udara. Natijahnya, 3 daripada kami muntah dan bau muntah itu amat mengganggu ku. Alhamdulillah, pemandunya masih dapat bertahan :). Nampaknya untuk trip berikutnya sekiranya melalui laluan ini, kami harus memikirkan cara untuk mengurangkan risiko muntah ini.

Dipendekkan cerita, kami selamat sampai di rumah mertuaku di Padang Salim lebih kurang pada 10.30 malam. Keseluruhan perjalanan mengambil masa dalam 9 jam 30 minit. Agak memuaskan memandangkan jangkaan perjalanan jika melalui laluan Kuala Lipis - Gua Musang adalah 10 jam paling cepat. apa-apa pun, Alhamdulillah.

gambar : Husna, Asma' dan sepupu mereka Aishah di rumah Tuk Cik Nun di Gong Badak, Terengganu. 02/09/2011

Friday, February 19, 2010

chinese new year

2 days leave + 1 day replacement of public holiday = almost a week at Kelantan. Still didn't have the time to go for a walk at Irama beach, Bachok. How I miss the sultry sea breeze and the wonderful aroma (and taste) of 'lokcheng' sold by hawkers on pedals.


But at least I can spend some time with beloved parents, moreover with declining health of both of them each in their own way making me cherish and treasure every moment I can be there for them. They are not getting any younger (we all do), yet all of their children are staying hundreds of kilometers away from them.. Hmm.. 
Husna also seemed to enjoy her time with her Tuk Ayah and Tuk Ma. Asma'? Well she does not understand yet. All she knows is to get feed when she's hungry..:).. My sincere prayer to Allah for Tuk Ayah and Tuk Ma to stay healthy .. and watch Husna and Asma' grow up.. and plus their future adik-adik too :D..


 From a modified version of M.Nasir's raya song.. "suatu hari di hari raya cina, ku lihat wajah suci ibu ku.. ku lihat wajah kasih ayah ku.. ku gembira...!"

Wednesday, October 21, 2009

16 September = Cuti Umum.

Alhamdulillah.


Walaupun aku ni pro-PAS (tp bukan ahli PAS), tp dalam hal ini aku menyokong dgn sepenuh hati keputusan Dato' Seri Najib kita. Semoga Dato' Seri dikurniakan Allah kesihatan dan kesejahteraan untuk mengisytiharkan cuti2 umum yg lain pula hehehee.


Cuti umum 16/09 ni sebenarnya lama dah jadi agenda politik PR, tp gak dah DS najib umum tu takpo la dia nk claim idea dia pun. Kita rakyat marhaen ni terima jah..


Personally bagi diri aku sendiri benda ni takder beza sangat. Kalu hari biasa, means aku masuk opis boleh la follow cuti umum mcm orang lain. Kalu dah ada keja urgent, takder maknaya cuti umum berhari2 pun. Tp yg penting, bini aku dapat cuti. Itu aku suka..