Walaupun hari ini Ahad, aku teringat pagi Selasa.
20 tahun dulu, setiap pagi Selasa hari persekolahan, sarapan pagi adalah telur separuh masak dan juga roti dengan kaya dan jem. Air selalunya teh O panas.
Telur 6 butir. 2 butir dimakan begitu sahaja, 2 butir dimakan dengan kicap. 2 butir lagi dimakan cicah dengan roti.
Kalu masih rasa lapar, baru makan roti sapu kaya dan jem.
Malam tu, makan malam lauk ayam goreng.
Pehh nikmat.
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, September 8, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Nasi Lemak
Status makanan.
Saya sudah biasa makan nasi lemak tanpa diletakkan kacang, daripada kecil sehingga umur 18 tahun apabila saya melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTS di Selangor. Nasi lemak bagi saya adalah nasi (lemak) berlauk sambal ikan bilis, telur rebus dan timun. Kalau ada variasi pun hanyalah tambahan telur goreng. Atau satu lagi variasi iaitu sambal dan ikan bilis yang digoreng berasingan. Itu sahaja definisi nasi lemak bagi saya.
Disebabkan itu, sampai sekarang saya tidak boleh makan nasi lemak bersama kacang, seperti resepi biasa nasi lemak di luar Kelantan. Kalu saya beli di kedai dan diletakkan kacang, saya akan asingkan dahulu kacang tersebut. Namun begitu saya boleh pula menerima perubahan/penambahan lauk-pauk lain seperti ayam goreng atau sambal sotong/udang/kerang.
Terima kasih.
Thursday, October 18, 2012
Nasi Dagang
Nasi dagang. Antara makanan popular di negeri-negeri Pantai Timur, terutama Kelate dan Tganu. Selalu dimakan sebagai sarapan pagi, walaupun tiada sebarang salah pun jika makan di waktu lain. Agak berat, kalu makan sarapan boleh kenyang sampai pukul 3 petang.
Ada banyak versi nasi dagang ni, atau nasik dage (mengikut sebutan orang Klate). Versi yang banyak ini juga boleh mengundang konflik jika tak kena dengan citarasa orang yang memakannya.
Versi Klate:
Secara amnya, nasi dagang versi Klate pakai beras yang dicampur beras lembut, yang kaler merah/perang tu la. gulainya warna kuning cerah. Gulai yang popular ialah gulai ikan namun ada juga gulai udang dan ayam. Hiasan biasa ada telur rebus dan hirisan timun batang (timun la, kata orang KL). Ada sesetengah tempat yang dimakan dengan sambal kelapa (macam sambal kelapa yang dimakan dengan ketupat nasi tu la)
Versi Tganu:
Versi Tganu, nasinya putih. Nasi campur dengan beras pulut dan digaul santan macam nasi dagang Klate juga, cuma kaler dia putih la. Gulai pula kaler lebih gelap dan dimakan dengan acar timun sebagai aksesori.
Namun begitu, dewasa ini banyak pula terjumpa nasi dagang versi 'fusion' iaitu nasi nya macam versi Klate, tapi gulai 'tua' dan ada acar timun macam versi Tganu. Itu tak mengejutkan mana lagi. Yang lagi buat aku terkejut, ada juga orang Klate yang kata, setahu dia, itu lah nasi dagang versi Klate yang biasa dia makan pun.
Hmm.. barangkali selama ni aku yang salah faham kot..
// tiada gambar.. hehe

Monday, February 16, 2009
Roti Canai Melayu
Wpun bz + gabra dgn odit.. tp aku tetap menten blog.. hahaha. Cuma blog aku xde la meriah dgn gambor.. (malas nk upload sebenanya..)
Last week aku jumpa satu kedai roti canai melayu... lama x makan.. perggghhh heaven siot... rasanya,,, rasanya... ala... mcm berlari2 di tepian pantai lahhhhh..lebih hebat drpd cinta pertama... cheh. (pengaruh citer God of Cookery - Chow Sing Chi)..
Kalu sapa2 nk try bole la layan di BJ Corner kat eh, lupa plak area tu nama apa.. dekat2 Subang 2.. kalu yg duk area tu tau la kot Restoran Jabina.. tp yg buat roti canai ni bukan Jabina, tp restoran kat bangunan belakang dia tu.. BJ Corner.. restoran nampak mcm x laku (sbb x ramai org) tp roti canai dia perggghhhh...
Roti garing.. kuahnya lak kari versi melayu yg ada rasa manis2 sikit... perggghhhhh pasni rasa takmo makanG roti mamak dahhh....
Tp aku risau gak. Sbb kedai dia nampak mcm x laku.. kalu kedai tutup, kempunan lah aku nk makanG roti canai sedap. Isk.. Ya Allah murahkan rezeki tokei kedai BJ Corner ni..

Subscribe to:
Posts (Atom)