Walaupun hari ini Ahad, aku teringat pagi Selasa.
20 tahun dulu, setiap pagi Selasa hari persekolahan, sarapan pagi adalah telur separuh masak dan juga roti dengan kaya dan jem. Air selalunya teh O panas.
Telur 6 butir. 2 butir dimakan begitu sahaja, 2 butir dimakan dengan kicap. 2 butir lagi dimakan cicah dengan roti.
Kalu masih rasa lapar, baru makan roti sapu kaya dan jem.
Malam tu, makan malam lauk ayam goreng.
Pehh nikmat.
No comments:
Post a Comment