Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa..




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, March 26, 2010

Pertemuan

ai suka lagu ni..
 
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Wednesday, October 28, 2009

Sealed With A Kiss



Baru2 ni layan citer All The Boys Love Mandy Lane. kat cenel movie astro. Heroin dia pelakon baru Amber Heard. Hero xtau. Takder hero pun sebenanya. Heroin dia tu jahat brutal isk isk isk.. Dekat nk abis tu, dia pasang lagu ni haa.. time credits dia tu la.. alamak.. nostalgic betul la.. terus aku search lirik n jumpa lah lirik dia ni... best siot.. jiwang pun ada time2 anak bini jauh di mata ni.. hehehehee.

Sealed With A Kiss

So we gotta say goodbye for the summer
baby I promise you this
I'll send you all my love
every day in a letter
Sealed with a kiss

Yes it's gonna be a cold, lonely summer
but I feel the emptyness
I'll send you all my dreams
every day in a letter
sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
but darling you won't be there

I don't wanna say goodbye for the summer
knowing the loneliness
so let us take a pledge to meet in September
and seal it with a kiss

Yes it's gonna be a cold lonely summer
but I feel the emptyness
I'll send you all my love
every day in a letter

Sealed with a kiss

Sealed with a kiss (repeat until fade)

Monday, June 8, 2009

Sunnah orang berjuang (lagu nada murni rupanya, aku ingat ori SMAKL)

glemer masa sekolah dulu.. tp sayang, aku lupa dah melodi dia mcm mana.. huhuhuu


Sunah Berjuang 2

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Di Pondok Kecil (nasyid Klasik)

Di Pondok Kecil

di pondok kecil di pantai ombak

berbuih putih beralun-alun

di suatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuang ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku ke mana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adikku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adikku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau di mana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Sephon Kayu (nasyid Klasik)

Sepohon Kayu

Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada berarti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Anggerik

Bunga Anggerik

apa dipandang kepada anggerik
tumbuhnya liar di dalam hutan
mekar sehari esok binasa
sebelum layu sudah pun mati

bukan memandang kepada cantik
pokok pangkalnya hati berkenan
kalau sesuai budi bahasa
sampai ke kubur bersatu hati

bunga anggerik nan permai
memang molek dipakai

banyaklah bunga di dalam taman
apalah guna anggerik di desa
molek pun tidak, wangi pun bukan
tidak sesuai untuk disunting

sungguhlah puan bunga idaman
indah kerana budi bahasa
bukanlah cantik di tengah pekan
cantik berbuai di hujung ranting

bunga anggerik yang rendang
memang cantik di pandang

bunga berseri disinar malam
kumbang menari dengan cahaya
alam kekasih bunga dikarang
anggerik tak mungkin menukar ganti

sudah menjadi aturan alam
bunga menyeri taman bahagia
kumbang memilih bukan sebarang
anggerik di desa pujaan hati

bunga anggerik di desa
indah budi bahasa

Wanita dan Teruna (filem IMAn tahun 195?)

Wanita Dan Teruna

Bolehkah aku bertanya
Betulkah engkau menyinta
Tetapi aku tak percaya
Ku takut hanya tipu daya

Ramai orang yang berkata
Manis kelihatan muka
Tetapi di hati durjana
Sebagai ular yang berbisa

Jangan dinda kata tidak jujur
Bikin hati ku menjadi hancur
Tapi aku percaya padamu
Kaulah cinta ku

Dinda tak usah engkau khuatir
Tidak mungkin aku akan mungkir
Apa gunanya engkau menyindir
Manis di bibir

Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita/Teruna yang memang ku cinta
Sebagai kekasih asmara

Jangan kanda ku tak jujur

Bikin hatiku menjadi hancur
Tapi aku percaya padamu
Kaulah cinta ku

Dinda tak usah engkau khuatir
Tidak mungkin aku akan mungkir
Apa gunanya engkau menyindir
Manis di bibir

Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita/Teruna yang memang ku cinta
Sebagai kekasih asmara

Monday, May 25, 2009

Tidur lah..

lagu untuk permaisuri..

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

Tahniah Wolfsburg.. Bremen? Leverkusen?

x abis lagi frust Bremen kalah final uefa cup... huhuhuuu btw Wolfsburg dah menang Bundesliga. after demolishing Bremen 5-1. Without denying Wolfsburg quality, Bremen was playing like their hearts were already somewhere else. Hopefully they will get their act together for the Final of DFB Pokal (German Cup) this 30/05, of which i'm still undecided whether to support Bremen or Leverkusen.

apa2 pun, kita nyanyi lagu ni dulu.. huhuhuu


Di Waktu Malam Bulan Mengambang..
Sunyi Damai hai Damai Sekeliling Ku..
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu..
Mumbujuk Rayu Kerna Merindu..
Lagu Yang Dulu..

Di Waktu Malam Bulan Purnama..
Angin Laut Meniup Niup Tenang..
Mengatakan Sayang..Berlagu Merdu..
Bermadah Sayu Lemah Mendayu..
Nak Dara Rindu..

Tanjung Katong Airnya Biru..
Tempat Mandi Nak Dara Jelita..
Sama Sekampung hai Sedang Dirindu..
Inikan Lagi Jauh Dimata..

Tanjung Katong Airnya Biru..
Tempat Mandi Nak Dara Jelita..
Sama Sekampung hai Sedang Dirindu..
Inikan Lagi hai Jauh Dimata

Tuesday, February 24, 2009

lagu siulan

Skrg ni aku tergila2 2 lagu ni.. tp x hafal lirik adoii..

1) lagu dlm filem Wayang.. yg si Awi duk nyanyi tepi jendela nk ngurat Melor..

2) lagu tema Alexander Bukan Zulkarnain.. " Engkau Lelaki, surah alKahfi... "

mana nk cari lirik dia eh.. nanti aku tanya encik google.. tp mcm x konfiden jer..


ok jumpa yg ni..


KAULAH CAHAYA
lagu, vokal : hafiz askiak
lirik : nadia khan


dalam kelam ku cari
sentuhan harumanmu
meresap di jiwa
menyirami cinta ini
oh kasih...

dalam kabut ku gapai
bayangan senyumanmu
tenang dan damai
hilang keresahan ini

kaulah cahaya

pernah ku padamkan mimpi
ku hentikan angan angan
tak mampu ku gapai awan

menyentuh...cintamu...

kehadiranmu sayang
tiada lagi penghalang
dengan kasihmu sayang
ku melihat...

kini ku layari
mimpi indah semalam
ingin ku berlari
terbang bebas bersamamu

kaulah cahaya

kasih kaulah cahaya
menerangi sunyiku

kehadiranmu sayang
tiada lagi penghalang
dengan kasihmu sayang
ku melihat...
tanpa memandang

Tuesday, September 23, 2008

Dengar Beduk Berbunyi..

Lirik lagu untuk hari ini.. hehehe.
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Tuesday, August 19, 2008

Kain Cinta Putih

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum di taman hati
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Friday, August 15, 2008

Bulan dan Angin (betui ka nama lagu ni?)

Salam. Dengar lagu ni kat klasik nasional on d way to ofis tadi. Lagu versi nyanyian semula oleh A. Ramlie & sapa ntah.
// asyik post lirik lagu jer skrg ni? :)
Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawalah pesan ku ini
Kepada dia yang ku cintai
Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji
Duhai kekasih kelana
Kecewa kini hidup kita
Dengan desakan saudara
Terhalang segala maksud kita
Lupakan dan hapuskan
Segala perjanjian
Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji

Wednesday, August 13, 2008

Malam Bulan Dipagar Bintang

Assalamualaikum.
Pembuka kata di pagi ini. Berikut adalah lirik lagu yg menginspirasikan nama blog ini :)


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Tuesday, August 12, 2008

Mengapa Dirindu - Saloma

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu


// lagu untuk hari ini. hehe.