Sunday, June 3, 2012

Jun 2012



Salam,

Sudah lama tidak menulis. Stress dan tekanan silih berganti.

Harap Jerman menang Euro 2012. Ceria la sekejap.

Saturday, December 10, 2011

Subang-Kluang-Subang-Kluang...



Hari tu update kosong. Ingat nak cuba pakai mobile internet, tapi macam kekok je.

Eh jap lagi lah aku update, cam memngantuks lak.

Friday, September 9, 2011

Melayan Perasaan


Kadang-kadang rasa nak quit je kerja. tak tahan tekana beb. Tapi kalu tak kerja takdok pitih beb. Sapa nak tanggung anak bini aku beb. Ada hikmah juga dah berbini anak ni. Kalu solo lagi, berat juga tanggungan jiwa lara nih.

Kalu quit, nak buat kerja lain. Kerja apa yang aku reti buat beb. Apa benda yang aku suka buat yang aku boleh translate buat pitih? Setakat hafal nama pemain bola Jerman tak laku beb. Tapi itu jer la yang aku rasa aku lagi terer daripada kebanyakan orang kat Malaysia ni. Orang kata kerja kat lab less intreraction dengan people. Yer ker. Buat research, uji itu uji ini.. Tapi nak uji, kena pandai beb. Aku tak pandai.  Nama Electrical Engineer, nak pasang lampu kat rumah pun haram aku tak reti. Malu weh. Kadang-kadang aku naik heran macam mana aku boleh lulus Ijazah dulu. Yer la aku tahu la kuasa Tuhan, tapi bila ku pikirkan kebengapan otak ku sekarang ni, aku heran jugak la.

Aku tengah tekanan ni. Ada orang tanya soalan teknikal aku tak boleh jawab. Minggu depan ada meeting. Kena cakap depan orang. Aku punya la tak suka cakap dengan orang. Tapi kalu tak cakap dengan orang aku nak cakap dengan apa kan. Takkan nak cakap dengan PC aku ni kot. Introvert kelas tinggi aku ni. Tapi pernah juga aku cakap dengan nasi goreng USA kat satu kedai tu. Tak tau la ada orang perasan ker tak.

Aku cakap dengan blog ni jer lah. Tapi nanti ada juga orang baca. Kira cakap dengan orang gak tu. Eh, baca tak sama dengan cakap, sebab kita tak payah tengok muka dia. Bukan face-to-face communication. Pemalu tak bertempat betul lah. Tapi blog ok lagi kot. Kalu tulis dalam facebook lagi ramai orang baca. Tak boleh, tak boleh... terlalu publik tu.

Mungkin.. aku kurang mengaji kot (mengaji = baca Quran). Bila baca Quran, kita baca kalam Allah. Baca kalam Allah, kena lah ingat Allah. Ingat Allah, hati akan jadi tenang.

// Gambar hiasan : Bristlecone Pine, antara pokok yang tertua di dunia. Anggaran 4000 tahun lebih. Tua tu.

Bukit Kepong

Sekarang ni kecoh isu Bukit Kepong.. AKu pun terlibat sama dengan Bukit Kepong ni...


tapi...






jaga projek PMU Bukit Kepong Extension jer.... heheheee.

Thursday, September 8, 2011

AidilFitri 2011 (part 1 - The Journey Home)


Aidilfitri 2011 agak kalut walaupun cutinya agak panjang kerana berkebetulan dengan cuti Hari Kebangsaan.

Kami pulang pada 26/08/2011, melalui lebuhraya PLUS dan jalanraya Timur- Barat. Plan asal bertolak pada 3 atau 4 pagi, tidak menjadi kerana aku dan isteriku keletihan. Kami hanya dapat bertolak dari Subang pada 12 tengah hari Jumaat itu. Agak kalut, kerana jika sudah mencecha waktu Zohor aku harus menunaikan solat Jumaat dulu sebelum berangkat. Secara keseluruhannya perjalanan agak lancar, hampir tiada 'jem' ku temui kecuali ketika turun dari Jalan Timur Barat dari Pergau menghala ke Jeli. Kami jamak di masjid Kg Sumpitan (?) di jalan Kuala Kangsar-Gerik. Ada pendapat bahawa lebih afdhal untuk solat Jumaat sekiranya mula bermusafir selepas Subuh, namun aku mengambil rukhsah kerana agak sukar untuk meninggalkan isteri dan anak-anakku. Aku amat jarang menggunakan laluan ini, paling akhir pun rasanya pada 2008 itu pun menumpang abang ku yang no 2.

Disebabkan waktu bertolak yang tertangguh, kami agak lewat tiba di Gerik namun aku bersyukur kerana dapat melepasi laluan berbukit di Jalanraya Timur barat sebelum malam menjelang, atau lebih tepatnya sebelum gelap. ini kerana kami telah dimomokkan dengan berbagai cerita mengenai laluan ini pada waktu malam. Bukan lah cerita seram sebenarnya namun agak membimbangkan bagi aku yang agak rabun malam dan tidak biasa dengan laluan ini. Waktu Maghrib masuk betul-betul semasa kami sampai di Hentian Titiwangsa. Sudah banyak bezanya hentian ini berbanding semasa zaman aku mengikut ayahku semasa tahun 80an dulu. kami berhenti sekejap sahaja untuk membuang air kecil dan membuang sisa muntah anakku. Alhamdulillah, kami sempat turun dari laluan berbukit semasa langit masih berbaki cerah dan suasana malam hanya betul-betul gelap selepas kami melepasi pintu masuk ke Stesen Janaelektrik Pergau.

Walaupun laluan lancar, kereta pun tak banyak sangat namun ada satu perkara yang agak mengganggu pemanduanku iaitu rupa-rupanya di antara rombongan balik kampung kami itu ada yang tak tahan dengan laluan berbukit yang berliku-liku dan berbeza tekanan udara. Natijahnya, 3 daripada kami muntah dan bau muntah itu amat mengganggu ku. Alhamdulillah, pemandunya masih dapat bertahan :). Nampaknya untuk trip berikutnya sekiranya melalui laluan ini, kami harus memikirkan cara untuk mengurangkan risiko muntah ini.

Dipendekkan cerita, kami selamat sampai di rumah mertuaku di Padang Salim lebih kurang pada 10.30 malam. Keseluruhan perjalanan mengambil masa dalam 9 jam 30 minit. Agak memuaskan memandangkan jangkaan perjalanan jika melalui laluan Kuala Lipis - Gua Musang adalah 10 jam paling cepat. apa-apa pun, Alhamdulillah.

gambar : Husna, Asma' dan sepupu mereka Aishah di rumah Tuk Cik Nun di Gong Badak, Terengganu. 02/09/2011

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 1432H



Salam Ramadhan.

Entri pertama setelah sekian lama, dan entri pertama untuk Ramadhan tahun ini. Di kala Ramadhan menjengah pertengahan, Ma sakit. Demam agak teruk. Aku pun sakit. Tapi aku sakit tak apa, tak teruk. Ma  sakit agak teruk. Sampai tak boleh bangun.

Tuhan punya kuasa. Ditakdirkan abangku yang no 2 mudah cutinya. Alhamdulillah, sempat dia balik. Aku pula, lepas 2 hari baru sampai rumah. Syukur juga lah. Namun perkara sebegini terkadang menjentik hati kecilku. Ini baru demam biasa. Esok-esok kalu jadi lagi makin teruk lagi macam mana. Ayah dan Ma bukan nya makin muda. Dah sampai umur Nabi dah. Jiran-jiran sekampung ada lah, tapi kan lagi elok kalu anak-anak ada di waktu memerlukan. Besar sangat kah tugasku di bandar itu? Hmm.. agak berat persoalan ini.

Ramadhan tahun ni agak kelam kabut. Jarak rumah dan tempat kerja yang jauh (300km) tidak banyak membantu. Tarawih? 3 malam jer full. 2 malam masa kat kampung, 1 malam lagi masa berbuka di pejabat Senggaraan,Kluang. Yang lain, sama ada aku kena travel, terlalu letih atau mengantuk atau kena travel. Namun itu bukan lah alasan sebenarnya.

Juadah berbuka pula mostly dari bazaar Ramadhan. Kat Kluang memanglah, dah orang bujang. Kadang-kadang tu tak pergi pun bazaar, singgah jer kedai makan mana-mana dekat nak berbuka tu. Kat Subang pun sama, sebab orang rumahku agak sibuk dengan kerja dan anak-anak yang makin galak. Ada la sekali dua dia masak. Ok la. Aku pun faham.

Aku start cuti esok. 26/08. Plan nya nak balik dari Kluang petang ni dalam pukul 6 sebab nak kena kemas barang dulu sikit, target sampai Subang dalam pukul 11. Rehat kejap, dalam pukul 3 pagi agak-agak boleh gerak la.. Target Subuh otw maybe kat Simpang Pulai ker. Plan nya nak lalu Gerik sebab orang kata tak jem. Cuma nya agak tak konfiden sebab dah lama sangat tak lalu. Tapi ok kot. Takut sangat jem kalu lalu Gua Musang. Tapi, Cameron Highlands macam mana eh? Lalu Gerik jer la kot. Try..

// gambar : Husna dan Asma' di Strawberry Farm, Cameron Highlands, 24/07/2011

Wednesday, June 29, 2011

It's hard but..


It's hard to stay positive, to be calm and composed.. when it's on daily basis u are under stress and constant pressure. It's dateline here and there. It's hard to set priorities as every task is at priority No 1.

Well, this blog-writing is definitely on low priority but I need a break. It does not take long time anyway. And I usually works way past my official working hours, most of the days. No it's not a justification statement, just laying out the fact.

When in trouble or depressed, look at other who fare worse than u. Then u will be grateful.

// terlihat status FB Puan Bini... hari ini 27 Rejab rupanya.. nampak sangat ambil mudah kalendar Hijrah..