1~
Perjalanan balik 25/11/2009. Alhamdulillah, lancar walaupun delay 2 jam sbb terbangun lambat. Plan asal nk kuar 4 pagi++, tp jadi nya 6.30 pagi baru bertolak dr Subang. Stop kejap kat Petronas CT just b4 Tol rm3, isi minyak dan terus jer sampai la kat masjid Pagar Sasak baru pit-stop tukar pampers Husna dan Asma'. Jem sekejap di Cabang 3 dekat Guchil, K.Krai. Tapi alhamdulillah sekali lagi, pemandu2 tidak mengikut perangai tipikal drebar Klate (sori.. - ambo pun ore Klate) yg suka curi tulang (potong kokser kokder la.. ) dan jem hanya sekejap saja. Kalu semua pemandu bersikap begini kan bagus :). Di gertak (jambatan) cross Sg Durian, ada la nampak tanda2 aras air yg telah surut dan sedikit air masih bertakung di dalam kebun kelapa sawit di kiri jalan. Alhmadulillah, air dah surut (23/11 - jalan ditutup kerana air melimpah di jambatan Sg Durian. Wife kata, x lapar lagi, anak2 dh suap sikit masa kat Pagar Sasak, so kita terus jer.. sampai la kat Bukit Marak @ 3pm. Total teravelling time = 8 jam 30 minit (approx.). Fastest time so far travelling Subang Bestari - Bukit Marak / Padang Salim. X sangka lak, dgn 2 anak kecik boleh laju lak. Sbb x banyak menyinggah kot.
2 ~
26/11. Ke TESCO dgn Ayoh, Farah & 2 anak sedara. Err.. itu jer kot major event. Hehehee.
3 ~
27/11. Hari Raya. Solat raya @ masjid Bukit Marak. lepas solat, dlm 10am start upacara korban lembu2 di depan rumah Abe Daud, mcm 2,3 tahun sudah. Tahun ni ambik 1 bhg jer utk akikah Asma'. RM340/bhg. Naik dah sikit. Total 2 lembu tumbang. Aku x join sesi melapah, tp kena part last urusan perut dan peperutan nya. Sebahagian drpd daging korban dah diambil utk masakan jamuan makan tghri. Masa makan tu, tangan masih berbau isi perut lembu, tp sbb lapar punya pasal ku tahan jugak Jebat. Petang tu lepas time Jumaat baru balik Padang Salim. Tp x tido sana.
4 ~
28/11. Pagi tu jenguk umah arwah mak sedara yg baru meninggal. Sedih gak la suasana nya. Buat aku teringat kat org tua aku jer. Anak2 semua kerja jauh2. Hmm.
Petang tu baru balik Padang Salim.
5 ~
29/11. Pagi ke Kuala Besut jenguk kawan Farah baru beranak. Balik, lunch di rumah Abe Mad @ Bukit Marak. Malam, dinner @ KFC with all family belah Ayoh tolak Asma' sorang yg kena tinggal kat umah Tuk Pa. Tp sayang, Husna tido lak.. Abis sesi di KFC, terus ke Wakaf Che yeh with Abe Li sekelamin. Ok la, dpat cari baju anak 2,3 pasang. Mcm x berbaloi dgn jem pun ada, tp nk buat camno dh mengantuk + letih xleh stay lama lagi dah..
6 ~
30/11 hari rilek dan lepak. Cuma lunch jer @ Bukit Merbau (kenduri umah Mok Cik Timah). Petang tu jenguk Chik & K. Na sekejap pastu terus balik pdg Salim.
7 ~
01/12. Bertolak dr Pdg Salim @ 7.25am Stop kejap @ Chucoh Puteri (simpang 3) dan RnR G. Musang utk salin pempers anak2.
Lunch @ Masjid Raub. Pastu terus jer, sampai la kat Subang Bestari @ 5pm. Mungkin boleh sampai awal lagi kalu x sbb jem area Kepong. 30 minit, 3km jer gerak nya.. huh.
Apa2 hal pun, alhamdulillah. Balik raya ok, Korban (akikah) ok, balik sini balik pun ok..