Tuesday, June 30, 2009

Euro U-21: England 0 Germany 4



wow. at least they won it in style. junior pun junior la... hahahaa. hope for the best of future to the team which consist of among others Khedira, Ozil, Neuer, Beck, Howedes... rasa rugi lak miss the live telecast. bukan ada replay pun game junior level ni.

Monday, June 29, 2009

nak tido..!!~~>>!!

Jumaat tido 12.30am, ok la.. Sabtu 3am. Malam tadi 1.15am.. huh. Ngantuks, tp xleh tido. Siot jer.

Ada mungkin minggu ni langsung xleh ganti tido. Bila la nk siap report ni. Kenapa aku rasa susah nk siapkan report ini. Besok nk submit. Petang ni b4 3 kena siap draft kot.

Nk kuar lunch kul baper ni..

English.. Why

Suatu masa dulu, aku terer gak bahasa org puteh ni. Dgn TOEFL result 600+, x ramai budak melayu yg setaraf dgn aku, at least on paper la. Sbb kalu bab speaking aku mmg hancuss.

Skrg 13 tahun lepas tu.. aku struggle utk prepare report yg perlukan aku menulis, merepair, edit in English.

Why why... xkan sbb masa tu takder PPSMI kot.. hahahaaa.


// ini bukan kes masuk bakul angkat sendiri.. ini sesi muhasabah diri.

Friday, June 26, 2009

Laptop & Wireless Broadband Internet

Salam,

Aku bukanlah seorang yg IT-savvy. Aku hanyalah insan bodoh jahil tukir pasal IT ya mungkin dikira pandai kalu dibanding dgn mak dan ayah aku, tp tidak jika khalayak perbandingan itu adalah muda mudi urban kelahiran pasca 1980. Aku hanya pandai meng'gunapakai' kemudahan IT termasuk melayari internet tetapi jika ada masalah yang timbul aku hanya mampu tersenyum atau paling tidak pun mencari sesuatu utk dingap atau dihirup bagi menghilangkan kerunsingan (3 bulan dahulu, aku mungkin juga 'menyedut')
.

Hari Ahad, aku ke PAS (bukan Partai Islam Se-Malaysia) sbb kira dekat dgn umah dan sbb satu lagi, aku jahil tukir jalan ke Low Yatt/ BB Plaza. Aku bawak adik aku jadik tour-guide cum IT consultant. Aku kata cari yg entry level jer. Minimum usage utk buat kerja2 opis dan mungkin juga layan internet sekali dua tiga empat hehe. Bajet rm1.5k plus minus. Adik aku kata Acer la antara yg paling 'biasa' n murah. aka laptop student. Yer kot. Kalu keta kira mcm model Proton lah. Pusing sana pusing sini, nah, rezeki aku Acer Extensa 4630Z. Terbang la rm1732. Lebih rm1.5k, tp still within acceptable bajet la.

Malam tadi, lepas Maghrib, ajak Farah ke Giant Kota Damansara. Layan fried kteow & cantonese yee mee @ Killiney's kopitiam. Mahal la utk stended org kampung x kampung bandar x bandar mcm aku ni, tp kuantiti dia worth the price gak la.. kenyang bbuntal, kata org kampung aku. Lepas makan, masuk Celcom Blue Cube.. Itu ini gedebak gedebuk, dah., setel Celcom wireless broadband lak. rm400 gak la, ambik dgn pakej minimum + USB modem dia tu.

Perghh. RM2k+ abis ni. Harap worth it la. Jgn la buat prob kerana sesungguhnya aku amat fobia dgn masalh bersangkut paut dgn komputer ni.. Aminn.

Monday, June 22, 2009

Hari ini Aku Bizi

hari ini
aku bizi
walau kelilingku riuh tp aku sunyi
dan sepi
sampai tgh hari
takder teman menemani
utk makan tengah hari
lalu aku turun seorg diri
makan nasi
lauk asam pedas ikan pari
sedikit ulam utk seimbangkan gizi
dan air suam yg x free

sekarang sudah petang hari
tapi aku masih di sini
belum boleh balik lagi
aku rasa benci dan gelisah diri
namun aku mengerti
untuk orang makan gaji
begini lah nasib diri

tiba2 minda ku teringat sipi2
sudah lama aku x makan megi
perisa kari
pecah telur sebiji
perggghhh sedap sekali

ehhhh... apa kaitan megi
dgn posting ku kali ini?

Monday, June 15, 2009

10-14/06/2009 Subang - Pdg Salim - Bukit Marak - Subang

Allah uji aku dgn campak. Sudah x keruan jadi nya. Sumer benda aku nk marah. Sumer org aku nk marah. Kesian Mama Husna. Kena marah. Risaukan anak sakit lagi, kena marah dgn aku lagi. Dah la perut dah besar. Aku jadi serabut n bad-tempered. Totally out of control. Allah uji dgn campak jer. Baru sikit. Kesian x kesian. Anak org lain lagi Allah uji lagi berat.

Ya Allah kurniakan lah aku kesabaran. Simbahkan air penyejuk jiwa. Amin.

Malam tadi call tuk ayah dia kata dah ok sikit, makan lalu, pampers dah boleh pakai, dah boleh gurau2.. alhamdulillah...

Monday, June 8, 2009

Buat keja lain lak..

aargggh penat lak duk search lirik lagu ni... heheheee mood cari lirik lagu jer hari ni... ok la tu stop dulu buat keja lain yg berpekdah...