Friday, June 26, 2009

Laptop & Wireless Broadband Internet

Salam,

Aku bukanlah seorang yg IT-savvy. Aku hanyalah insan bodoh jahil tukir pasal IT ya mungkin dikira pandai kalu dibanding dgn mak dan ayah aku, tp tidak jika khalayak perbandingan itu adalah muda mudi urban kelahiran pasca 1980. Aku hanya pandai meng'gunapakai' kemudahan IT termasuk melayari internet tetapi jika ada masalah yang timbul aku hanya mampu tersenyum atau paling tidak pun mencari sesuatu utk dingap atau dihirup bagi menghilangkan kerunsingan (3 bulan dahulu, aku mungkin juga 'menyedut')
.

Hari Ahad, aku ke PAS (bukan Partai Islam Se-Malaysia) sbb kira dekat dgn umah dan sbb satu lagi, aku jahil tukir jalan ke Low Yatt/ BB Plaza. Aku bawak adik aku jadik tour-guide cum IT consultant. Aku kata cari yg entry level jer. Minimum usage utk buat kerja2 opis dan mungkin juga layan internet sekali dua tiga empat hehe. Bajet rm1.5k plus minus. Adik aku kata Acer la antara yg paling 'biasa' n murah. aka laptop student. Yer kot. Kalu keta kira mcm model Proton lah. Pusing sana pusing sini, nah, rezeki aku Acer Extensa 4630Z. Terbang la rm1732. Lebih rm1.5k, tp still within acceptable bajet la.

Malam tadi, lepas Maghrib, ajak Farah ke Giant Kota Damansara. Layan fried kteow & cantonese yee mee @ Killiney's kopitiam. Mahal la utk stended org kampung x kampung bandar x bandar mcm aku ni, tp kuantiti dia worth the price gak la.. kenyang bbuntal, kata org kampung aku. Lepas makan, masuk Celcom Blue Cube.. Itu ini gedebak gedebuk, dah., setel Celcom wireless broadband lak. rm400 gak la, ambik dgn pakej minimum + USB modem dia tu.

Perghh. RM2k+ abis ni. Harap worth it la. Jgn la buat prob kerana sesungguhnya aku amat fobia dgn masalh bersangkut paut dgn komputer ni.. Aminn.

No comments: