Thursday, July 30, 2009

Attack!

Isnin malam Selasa, sekali lagi aku terkena serangan kidney-stone.. Adoiii sakit wehhh. Dah terasa masa kat opis lagi, tp makin teruk bila dekat maghrib so terus singgah Aspalela. Duk tunggu jumpa doktor, 15 minit rasa mcm 1 jam ku tahan jebat. Opss !.
Masuk jer jumpa doc, sakit dh reda pulak. Susah payah aku nk convince doc tu.. adeiih masalah gak ni. Itu ini dingdong dingdong, dos tu kata, mmg simptom menjurus ke arah kidney stone la. Sakit yg mcm senak/kembung perut, tp lg sakit. N dia dtg start dr belakang aras pinggang, bawa ke tepi, dan perlahan merebak ke depan menghala ke ari2. Ini pergerakan the stone dr kidney ke pundi kencing. Dan sakit dtg in phases. Dia dtg sikit2. makin lama makin sakit dan yg paling sakit akan berlarutan sehingga kira2 30minit. Kalu nasib baik, lepas rehat dan ambik ubat, dia reda. kalu tak, bersiap sedia lah utk satu lagi pengalaman menakutkan. Huh.

Apa2 pun, alhamdulillah lepas azab. Cuma yg terpk di minda aku skrg ni, apa lagi yg perlu dilakukan utk avoid recurrence f the attack. Makan dh pantang, minum air kosong dh banyak sampai kdg2 aku rasa nk muntah.. hmm besar gak dugaan ni sekali sekala mamat kidney stone ni menyerang.

Tuesday, July 21, 2009

21/07/2009

arini cukup 8 tahun hari konvo bachelors degree aku..


org lain konvo kendian, dah ada masters.. aku? huhu. nk ambik Ir pun x berani.

Monday, July 20, 2009

Plan balik Klate Ogos 2008 (cuti sekolah)

1) Balik dgn Farah & Mat, bawa MyVi. Balik KL dgn Mat.

2)
Balik dgn Farah, bawa MyVi. Tinggal MyVi kat Klate, balik sini naik Firefly.

3) X balik. Mama n Papa dtg Bangi utk hantar Mek Tek kursus 22/08, stay until 29hb Mek tek abis kursus,. Farah balik Klate with them.

Hmm. Have to decide by this week coz tiket Firely getting pricier by each date.

Update 20/07:
Takder satu pun drpd 3 kat atas tu.. Papa & Mek Tek mari dgn bas. Stay sini, pastu balik dgn MyVi. Farah ikut. Aku, balik raya jer la.

Saturday, July 18, 2009

Amri Yahyah 2 Man U 3

MU diselamatkan oleh ketajaman naluri pembunuh (killer instinct) Michael Owen.. huhuhu. X seko pulak Malaysia boleh main agak2 best gak la..

Thursday, July 16, 2009

98kg!

Itulah berat aku skrg ni.. Huh. camner la nk turunkan. Terasa dowh, Perut buncit dan sesak nafas even naik tangga umah. Nk bangun duduk pun x selesa. Tp makan nk sedap!!

Ada orang suggest aku x makan nasik malam2. As a start la. Of course kena exercise regularly n jaga diet yg lain gak. Which is something yg quite difficult to do lah, for me.. huh.

Update 20/07:
masih lagi 98kg..



update 10/03/2010:
sudah jadi 100kg!

Wednesday, July 15, 2009

PC bini aku slow..

Tensen nya aku... dah check virus, dah re-format, tp still slowwww..... aiiyaaa.. ingat aku dh angkat laptop, PC tu bole fully utilized by my-other-half. Tp.. huh. Apa la yg x kena agaknya.. Wiken ni adik aku nk dtg balik, try install Win XP yg biasa nyer. Tp aku doubt gak berkesan, sbb dulu pun pakai biasa b4 format, tp prob jugak. Ntah ler.. Aku mcm dh give-up nk mintak adik aku tlg cari CPU baru jer, tp my wife still nostalgic sgt dgn yg lama tu.. adeiihh. Pening ambo pening.

Update 19/07. Adik aku kata, try pegi kedai dulu lah. Dia kata maybe hardware prob, maybe RAM or etc, sbb format apa semua did not solve the prob. Dia kata kat kedai ada device bole detect hardware failure. Ntah ler. aku fobia la masalah IT ni..

Sunday, July 12, 2009

PPSMI mansuh!

Bagus. Aku dah lama x berkenan dgn PPSMI ni.