Friday, March 12, 2010

Waja Breakdown Part 2 (Edisi Back to BM)

Haishh.. kena mengaku aku lagi laju berbahasa melayu daripada berPPSMI.


Waja breakdown? Ha'ah. Lagi sekali. dalam 1/2 jam jer selepas ambik dari wokshop. Hantu betul. Masa test drive tu ok jer. Settle payment barang + upah, aku drive hala ke PBD sekali teringat kad TnG masih dalam MyVi kesayangan Queen of my Heart (cheh). 


Aku pun tuka halatuju ke SMK Seksyen 10. Tunggu Puan Bini, ambik kad, sekali masa u-turn nak kuar, haahhh tu dia, stalled lagi sekali... berpeluh-peluh aku dalam ekon waja no 2.. kira sejuk gak la tu walaupun waja glemer dgn ekon yg menjukbekukan driver tapi penumpang kepanasan..


Helo kat Wan pomen.. sementara tu sib baik ada sorang brader parents budak sekolah tu dia mekanik gak. Dia godek-godek sikit, dapat la waja aku tu alih ke tepi jalan. Kalu tak, mau jadi perhatian murid-murid sekolah  dan mak ayah diorang..


Sekali Wan pomen datang, dia test, ok jer.. hek elleh... waja ni... last-last Wan kata bagi dia pakai keta ni barang semalam. Kalu apa-apa nak jadi biar jadi kat dia baru dia tau macam mana... Hmmm ok la labu.. han pomen, hang tau la kot.. 


Maka bawak MyVi lagi la aku ke PBD petang ni.. ni kena rushing ambik Puan bini lak ni adeiihhh...




// yang paling tak best, jadual balik kampung konfirm tertangguh 1 hari.. EoT lak..

No comments: