Thursday, March 25, 2010

PBAKL 2010 Part II

Nampak gaya tahun ini Yushida03 hanya mampu menjenguk PBAKL lewat diskusi-diskusi dan sisipan entri para bloggers di alam maya sahaja. Kekangan masa dek urusan duniawi berpaksikan kata kunci KERJA menghalang diri ini daripada menjejakkan kaki di Pusat Dagangan Dunia Putra atau akronim tersohornya dalam Bahasa Inggeris PWTC.

Sabtu lepas tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak, bila mana Mama nya terpaksa ke KL kerana berkursus. Ahad, memenuhi undangan kekanda untuk makan tengahari bersama-sama. Bila matahari sudah tergelincir (lepas pukul 2 petang lah), terlalu suntuk pula masa yang tinggal. Isnin - Khamis, urusan kerja lah yang paling utama. Jumaat pula, walaupun beban kerja sudah berkurang namun perlu memperkemas persiapan untuk peperiksaan akhir Semester pada Ahad 28/03. Begitu juga Sabtu.

Ahad, hari akhir Pesta Buku adalah juga hari Yushida03 akan menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Electrical Power System II. Subjek yang dikatakan 'kacang' oleh junior, tetapi agak susah untuk tahap kuasa pengulangkajian ku yang sudah teroksida lebih 9 tahun ini.

Kesimpulan nya, begitu lah nukilan betapa akan terkuburnya harapan untuk mengadakan sesi lawatan sambil belajar dan jalan-jalan cari makan (buku) di PWTC pada tahun Masehi 2010. Diharapkan agar tahun-tahun mendatang  akan dikurniakan kelapangan yang mencukupi. Amin..

No comments: