Wednesday, April 28, 2010

Motivasi Pagi Ustaz Zamri @ IKIM.fm @ 26/04/2010



Manusia terutama insan bernama lelaki dipengaruhi oleh 3 TA dalam hidup nya..

1) TakhTA
2) WaniTA
3) HarTA

Beringat lah yer.. ingat Allah.. ingat syurga neraka.. ingat hidup kita tidak berhenti atas dunia ni jer...

// gambar hiasan : Oeschinen Lake in the Swiss Alps.  

Tuesday, April 20, 2010

Motivasi Pagi 20/04/2010 - Ustaz Zamri @ IKIM.fm


Pagi tadi.. panduan kita bekerja atas dunia ni secara am:

  1. Baca - inspired by Surah Al-Alaq
  2. Tulis - inspired by Surah Al-Qalam
  3. Munajat / doa / berserah kepada Allah - inspired by Surah Al-Muzzammil
  4. Amal / Sebarkan - inspired by Surah Al-Muddatsir
// gambar hiasan.. Gunung Elbrus di Russia.

    Thursday, April 1, 2010

    IKIM.FM 28/03/2010

    Sebelum terlupa.

    Sesi apa ntah tadi.. tapi jemputan dia Dr.. iskk doktor apa ntah nama dia... asyik lupa jer..tapi orang perempuan la..

    Ok takper.. itu less important, bukan tak penting tapi yang ini lebih penting.. orang kata apa, lihat apa yang dicakap, bukannya siapa yang bercakap.. boleh la digunapakai sekarang ni..

    Ok.. cerita nya macam ni... kehidupan kita di dunia yang fana ini secara am nya terbentuk atau terkawal melalui 5 sistem kawalselia yang utama (governed by five main control measures) :
    1. adat resam atau budaya..nak lalu depan orang tua mintak izin dulu.. bila makan nasik, ambil lauk yg paling dekat dulu, dan jemput tetamu makan dulu baru kita mula..
    2. akhlak atau moral value - hormat orang tua, tolong menolong, berbudi bahasa..
    3. etika - ekceli konfius gak between etika dengan akhlak ni.. etika is more formal lah kot.. (?) lupa lak..
    4. hukum agama / syariat i.e patuh kepada suruhan agama secara kawalan kendiri. contoh nya macam solat 5 waktu, puasa.. In term of Islam, dia dah rangkum semua kat atas tu.
    5. hukuman / law enforcement - pelaksanaan undang-undang tak kira lah sivil atau ikut hukum syariah ker..
    So, sebaik-baiknya kita manusia dapat mendisiplinkan diri kita menurut 4 sistem yang pertama, supaya sistem yang ke-5 tidak perlu digunapakai..

    Friday, March 26, 2010

    Pertemuan

    ai suka lagu ni..
     
    Pertemuan Kita Di Suatu Hari
    Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
    Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
    Di Atas Jalinan Yang Suci

    Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
    Dugaan Yang Menimpa Diri
    Bersabarlah Di Atas Suratan
    Ku Tetap Pergi Jua
    Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
    Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
    Ya Allah Bantulah Hamba Mu
    Mencari Hidayah Daripada Mu
    Dalam Mendidikkan Kesabaranku
    Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
    Di Atas Perpisahan Ini

    Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
    Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
    Ya Allah Bantulah HambaMu
    Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
    Menjadi Ingatan Setiap Waktu
    Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
    Kenangku Di Dalam Doamu
    Semoga Tuhan Berkatimu

    Thursday, March 25, 2010

    PBAKL 2010 Part II

    Nampak gaya tahun ini Yushida03 hanya mampu menjenguk PBAKL lewat diskusi-diskusi dan sisipan entri para bloggers di alam maya sahaja. Kekangan masa dek urusan duniawi berpaksikan kata kunci KERJA menghalang diri ini daripada menjejakkan kaki di Pusat Dagangan Dunia Putra atau akronim tersohornya dalam Bahasa Inggeris PWTC.

    Sabtu lepas tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak, bila mana Mama nya terpaksa ke KL kerana berkursus. Ahad, memenuhi undangan kekanda untuk makan tengahari bersama-sama. Bila matahari sudah tergelincir (lepas pukul 2 petang lah), terlalu suntuk pula masa yang tinggal. Isnin - Khamis, urusan kerja lah yang paling utama. Jumaat pula, walaupun beban kerja sudah berkurang namun perlu memperkemas persiapan untuk peperiksaan akhir Semester pada Ahad 28/03. Begitu juga Sabtu.

    Ahad, hari akhir Pesta Buku adalah juga hari Yushida03 akan menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Electrical Power System II. Subjek yang dikatakan 'kacang' oleh junior, tetapi agak susah untuk tahap kuasa pengulangkajian ku yang sudah teroksida lebih 9 tahun ini.

    Kesimpulan nya, begitu lah nukilan betapa akan terkuburnya harapan untuk mengadakan sesi lawatan sambil belajar dan jalan-jalan cari makan (buku) di PWTC pada tahun Masehi 2010. Diharapkan agar tahun-tahun mendatang  akan dikurniakan kelapangan yang mencukupi. Amin..

    Electrical Power Systems II


    Is it true? The rustiness (does the word exist?).. or is it just the lazy me.. But as I can recall I was never a scorer in this type of subject. Furthermore after 9 long years of solitude.. I mean, after graduation.. Hey, I don't even aim to score on this.. Just a normal C will do.. And even that, I have no confidence of getting..

    Test 1 was only 14 out of 40 (35%). Passing mark for a C is 50 minimum.. Haishh.

    Haishh.. Can the quote of the day do its magic again? "Even though I am blank (don't know the answer), I don't send blank papers (to the lecturer/examiner).." Haishhh..

    Wednesday, March 24, 2010

    MLM

    Ini petikan post sorang forumnis dalam forum mesra.net. Post asal kat sini post #225. Takder cerita pasal hukum hakam apa, cuma info dari segi praktikaliti dan kemunasabahan sesuatu bisnes MLM.

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Dalam masa 5 tahun lepas, dah 5 syrikat MLM (tak da la byk sgt) saya ceburi dan boleh dikatakan saya tak da rezeki dengan MLM.
    So faham-faham la jodoh saya dengan MLM ni mcm mana. confused.gif


    Ini ada tips yang saya ingin kongsikan pada mereka yang nak join MLM.
    Ingat!! saya tak kata MLM penipu, Saya just kata saya tak da jodoh k.
    90% (kalau tak silap ar) hasil ekonomi Amerika adalah datang dari MLM (Ini Fakta!)


    MLM mmg boleh buat duit sekiranya anda tergolong dalam kategori manusia yang berikut.
    -Anda seorang manusia yang tidak mudah mutus asa!


    Ya, itu saja rahsia yang perlu anda tahu.


    saya tak tipu. Tak caya cuba try!


    Sekiranya anda tergolong dalam kategori diatas, anda bolehlah melakukan sedikit kajian mengenai Syarikat MLM yang anda ceburi.
    Ini penting untuk masa depan anda. Kalau tidak sampai mati pun anda tak kan berjaya melainkan tuah menyebelahi anda.


    ok, ni antara benda penting yang perlu anda tahu sebelum join mana-mana MLM.
    1. Kaji Sistem Rangkaian yang anda nak join. (Sama ada jenis networking or selling, saya sarankan anda masuk yang selling)
    2. Latar belakang syarikat (Jgn cari yang dah nak bankrupt!! Lihat sijil2 yang diperolehi)
    3. Produk yang ditawarkan (Sama ada diterima dipasaran Malaysia atau tidak. Kaji ikut tempat masing-masing)
    4. Sistem Ganjaran (Adil atau tak. Kalau sistem dok bagi orang atas duit baik jgn masuk)
    5. Sistem Pendidikan (Lihat ada sistem ini atau tidak. Penting untuk Produk Knowledge)
    6. Budaya dalam syarikat tersebut (Lihat sama ada ahlinya suka tolong tanpa mengira line, subline dan sebgainya)
    7. Peluang Global (Bermaksud kat luar negara pn ada. Cth, Kalau anda pergi singapura anda leh pasarkan produk anda atau tidak)
    8. Kaedah Pemasaran (Kaji Cara promosi)
    9. PALING PENTING - ALAT BANTUAN JUALAN (Tanpa alat jualan anda tak dapat wat pape, anda nak berniaga mcm mana kalau tak da alat untuk demonstrasi?
    cth alat bantuan jualan: Buku yang penuh dengan maklumat produk, CD dalam bentuk Video atau Audit, Kisah-kisah kejayaan,
    Tips dari doktor untuk produk kesihatan dan sebagainya)


    Ok, itu saja yang saya ingin kongsikan.
    Untuk berjaya dalam pape bisnes pn anda perlu ada komitmen dan jgn mudah putus asa.
    Itu basic berniaga.
    Apa-apa pn tetapkan matlamat, buat sedikit kajian dan jalankan. Jgn tunggu2!
    tak de benda dlm dunia ni yang leh bg anda duit free. So jgn berangan!! No pain no Gain!!


    Dan untuk memulakan sesuatu perniagaan anda perlu ada 3 perkara ni:
    1. Mentor (Sifu yang boleh membimbing anda)
    2. Ilmu (Ilmu mengenai bidang niaga yang anda nak join)
    3. Sistem (Flow atau langkah orang yang dah berjaya. Just copy and paste dalam otak anda)


    Gud Luck For U all.


    Salamat Berjaya Saya Doakan. clapping.gif