Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

MLM

Ini petikan post sorang forumnis dalam forum mesra.net. Post asal kat sini post #225. Takder cerita pasal hukum hakam apa, cuma info dari segi praktikaliti dan kemunasabahan sesuatu bisnes MLM.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam masa 5 tahun lepas, dah 5 syrikat MLM (tak da la byk sgt) saya ceburi dan boleh dikatakan saya tak da rezeki dengan MLM.
So faham-faham la jodoh saya dengan MLM ni mcm mana. confused.gif


Ini ada tips yang saya ingin kongsikan pada mereka yang nak join MLM.
Ingat!! saya tak kata MLM penipu, Saya just kata saya tak da jodoh k.
90% (kalau tak silap ar) hasil ekonomi Amerika adalah datang dari MLM (Ini Fakta!)


MLM mmg boleh buat duit sekiranya anda tergolong dalam kategori manusia yang berikut.
-Anda seorang manusia yang tidak mudah mutus asa!


Ya, itu saja rahsia yang perlu anda tahu.


saya tak tipu. Tak caya cuba try!


Sekiranya anda tergolong dalam kategori diatas, anda bolehlah melakukan sedikit kajian mengenai Syarikat MLM yang anda ceburi.
Ini penting untuk masa depan anda. Kalau tidak sampai mati pun anda tak kan berjaya melainkan tuah menyebelahi anda.


ok, ni antara benda penting yang perlu anda tahu sebelum join mana-mana MLM.
1. Kaji Sistem Rangkaian yang anda nak join. (Sama ada jenis networking or selling, saya sarankan anda masuk yang selling)
2. Latar belakang syarikat (Jgn cari yang dah nak bankrupt!! Lihat sijil2 yang diperolehi)
3. Produk yang ditawarkan (Sama ada diterima dipasaran Malaysia atau tidak. Kaji ikut tempat masing-masing)
4. Sistem Ganjaran (Adil atau tak. Kalau sistem dok bagi orang atas duit baik jgn masuk)
5. Sistem Pendidikan (Lihat ada sistem ini atau tidak. Penting untuk Produk Knowledge)
6. Budaya dalam syarikat tersebut (Lihat sama ada ahlinya suka tolong tanpa mengira line, subline dan sebgainya)
7. Peluang Global (Bermaksud kat luar negara pn ada. Cth, Kalau anda pergi singapura anda leh pasarkan produk anda atau tidak)
8. Kaedah Pemasaran (Kaji Cara promosi)
9. PALING PENTING - ALAT BANTUAN JUALAN (Tanpa alat jualan anda tak dapat wat pape, anda nak berniaga mcm mana kalau tak da alat untuk demonstrasi?
cth alat bantuan jualan: Buku yang penuh dengan maklumat produk, CD dalam bentuk Video atau Audit, Kisah-kisah kejayaan,
Tips dari doktor untuk produk kesihatan dan sebagainya)


Ok, itu saja yang saya ingin kongsikan.
Untuk berjaya dalam pape bisnes pn anda perlu ada komitmen dan jgn mudah putus asa.
Itu basic berniaga.
Apa-apa pn tetapkan matlamat, buat sedikit kajian dan jalankan. Jgn tunggu2!
tak de benda dlm dunia ni yang leh bg anda duit free. So jgn berangan!! No pain no Gain!!


Dan untuk memulakan sesuatu perniagaan anda perlu ada 3 perkara ni:
1. Mentor (Sifu yang boleh membimbing anda)
2. Ilmu (Ilmu mengenai bidang niaga yang anda nak join)
3. Sistem (Flow atau langkah orang yang dah berjaya. Just copy and paste dalam otak anda)


Gud Luck For U all.


Salamat Berjaya Saya Doakan. clapping.gif