Wednesday, October 29, 2008

Paip pecah & Taiping

dah lama x mengepost.




ok, ada 2,3 benda..




1. air takder


air takder 3 hari kat Dengkil. Start Khamis 16/10/2008. Seksa tul. Khamis petang aku mandi kat RnR KLP. farah mandi ala kadar jer la. Husna la kesian. Mandi umah pengasuh dia jer, sib baik umah diorg ada tangki. Malam tu kitorg gi ambik air kat masjid BBB. Perggh angkut dgn keta jer. Jumaat pagi, pun aku mandi kat RnR KLP jer. Petang, mandi RnR lagi. Malam makan pun ala kadar jer. Sabtu pagi, aku bawak satu famili gi mandi kat BBB. Petangnya, angkut kain baju kotor, tumpang basuh kat umah Mat.


Ahad pagi, tiba2 air dah ada... ALHAMDULILLAHH>>>>


Punca takder air, sbb aktiviti korek pasir HARAM di Jenderam Hilir, pecahkan paip air besar. Siot jer. Mau ku luku jer kepala org yg buat keja huduh tu.




2. kursus di Taiping

3 hari kursus di Taiping. Sampai sana petang Ahad, balik sini petang Rabu, kira 3 hari 3 malam lah. Ok lah, ada gak ilmu yg dapat campur site experience.
Aku stay Hotel Furama dekat Taman Tasik tu. rm71.40/malam. Ok lah, ada tv, aircond (stended la hotel skrg). Bilik pun luas. Taping ni bandar basah la.. Betul la belaja Geografi zaman sekolah dulu, kawasan paling basah di Malaysia ni adalah Bukit Larut. Memang hujan jer keja nya. Pagi hujan, kul 10 stop kejap. Tghri hujan balik. kul 3 stop kejap, lepas Asar hujan balik. malam hujan lagi adoiii.. Pokok2 semua cam subur semacam jer.. Lagi2 yg kat Taman Tasik tu, pokok berlumut, pastu besar siap dahan/ranting cecah dalam tasik tu. Siang hari, nampak mcm scene LoTR pun ada. Malam2, cam horror movie pun yer gak hahaha..
Oh, aku sempat gak try kteow Doli yg glemer tu. Cam biasa jer. Ok la sedap la gak, tp takder la best giler.. Most of the time, kitorg lunch, dinner kat food court Tesco Taiping tu jer. (Ya, Taiping ada TESCO la). Ok la, variety. Pagi2 breakfast kedai tepi jalan. Murah sgt2, ari tu aku minum ngan member aku, nasik lemak satu bungkus + mihun goreng + telur + teh tarik + milo kosong = rm3.40 shj! Pergghh murah, murah.. PET2 kat Tesco tu pun murah. Aku siap beli satu pek. Giler apa, dtg kursus kat Taipin shopping PET2. Hahaha..
All in all, ok la trip kali ni. Rasa macam nk dtg lagi bawak famili la. Coz suasana dia macam best. Tp kena plan betul2 lah, since ini dah melencong drpd trip balik kampung..

Monday, October 13, 2008

Forumnis meninggal

Aku masuk forum mesra pagi ni. Nampak berita mengejut. Forumnis dgn nick PakCik Kordi aka PCK telah meninggal dunia pada 12/10/2008. Arwah masih muda. Baru 28 tahun.

AlFatihah untuk arwah.

Friday, October 10, 2008

why

why

i'm feeling that
i've lost the will to work
not entirely lah
but the spirit within seems gone

weird
since now the workload is much less
compared to the time
somewhere in between 2002-2007

Monday, October 6, 2008

raya?

Salam.

Rasa malas ni. Mcm2 rasa nk taip, tp mcm mana lah nak taip semua kan. Hari ni start keja. Tp takde mood. Malas sebenarnya.. bukan mood raya, tp lebih kpd boring. Dan ketensenan membuak2 bila ingatkan beban kerja yg menanti.

Raya? Ok lah. 25,26,27 tido umah parents aku. 28, 29, 30, bila abang2 aku dah sampai, balik tido umah mertua aku lak. Buka posa were great. Mcm2 bole makan. Dari ayam percik. siakap stim (home made), sup & air asam macam2, akok, nekbat, cendol, buah tanjung, air tuak.. perggghhhh mmg puas ati la..

Pagi raya kat umah mertua. Makan sate sikit, pastu terus ke masjid. Solat raya kat Masjid Pauh Lima. Lepas bantai nasi minyak, terus cabut ke Bukit Marak. Ingat nk lepak sampi tghri jer.. pastu lepas Zohor boleh jalan2 umah sedara lain.. sekali lepas Zohor tu berderu2 la pulak yg mari ke rumah.. adoii aii... 5.30pm+ baru kitorg bole tubik gi umah Chik. Lepak lah dlm 1/2 jam kat sana.. pastu gerak. lak ke umah Mok Mah di Melor. Sampai la Maghrib, balik umah Pdg Salim.

Raya kedua..

Pagi2 lagi terus ke umah Abe Daud.. bekfes kat sana.. nasik putih + sup daging & sawat lembu. Daging goreng pun ada.. pergghh!
Pastu balik umah mandikan Husna.. dlm kul 10am balik Padang Salim. 10.36am bertolak. Mad Rod & MekNa ikut sekali lah. Lalu jalan pantai.. Beris Lalang-Tok Bali- Kuala Besut- Penarik---- K.Tganu!. Sampai umah MokCik Nun kul 1pm+. Raya dgn Mok, lepak2 sana, makan laksa (ada 2 jenis, lemak & penang style - aku bantai yg lemak jer, 2 pinggan). Jamak zohor-asar pastu kuar 3pm+. Ingat nk ushar minyak Che Lohs, tp kena sangkut jem lak kat roundabout Batu 6.. 49 minit/3km.. perggghhh.. Last2 kitorg pusing balik jer.. dah lambat.. stop kat batu Rakit, borong kepok lekor kat Sukaramai, pastu terus jer.... Sampai Besut stop jap sbb Farah lupa jamak kat tganu tadi.. pastu terus.. sampai Padang Salim 7.35pm.. lepas solat aku bantai tido.. 10.30pm bangun, balik Bukit Marak huahuahuaa..
Raya ke 3,
Dah malas nk tulis. Pagi tu ke kubur arwah Wo & Ayah Mok di Kg Renik, kubur Tuk & arwah Kak Maziha di Kg Karang. Pastu raya di Permatang Pusu - Umah Pok Zi & umah Mok Joh. Jumaat kat masjid Bukit Marak. Lepas Jumaat, sambung raya Permatang Pusu - Umah Mok Nah & Mok Zah..
Raya ke-4,
dah nk balik KL la.... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!!!
// isk, x sabar aku nk kelik raya haji ni! rasa x puas duk kampung.. tu dah kira cuti awal drpd org lain tu...

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya!

Esok aku, Farah & Husna dah nk balik kampung. So, kepada sapa2 yg tersesat masuk sini, atau yg buat2 tersesat tu, aku nk ucapkan selamat raya lah.. kalu yg balik kampung drive sendiri tu, berhati2 lah yer.. (pesan kat diri sendiri gak ler..).

Aku nyer plan nk bertolak dr Dengkil tu dlm 3am besok pagi. Sahur on d way. Farah kata nk masak nasik gak, so kena stop jugak lah kat mana2. Dulu kitorg buat sandwic jer, so atas keta pun bole makan. Tp Farah kata makan sandwic mcm x brp kenyang lah, so dia nk masak nasik gak. Ok lah.. bole gak habiskan ayam dlm peti 2,3 ketul tu buat lauk.

Kuar umah 3am, isi minyak dan angin kat petronas tmn melati ~4am.. hmm kat mana aku nk stop sahur ni... pk pk.. nantilah pagi ni aku kena curik masa finalise plan sikit. Kerangkanya dah siap, cuma detailnya yg belum..

Kalu betul ontime 3am, +10jam (normal sejak berfamili, bujang dulu around 8 jam), dlm kul 1pm+ tu sampailah umah). Oklah, musim raya, tambah lagi 2 jam.. kul 3pm.. ok lagi lah. Mintak2 keta x byk sangat, sbb cuti belum raya panjang kan.. so org yg balik raya mungkin terbahagi kpd 2,3 gelombang. So less packed. InsyaAllah..

Ok lah, ~~<<>>~

Tuesday, September 23, 2008

Dengar Beduk Berbunyi..

Lirik lagu untuk hari ini.. hehehe.
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Monday, September 22, 2008

Gulai kunyit kkuah, baju raya dll. (cerita soping raya)

Kemarin (semalam kata org sini), aku berbuka dgn lauk ikan tuna gulai kuning kunyit kkuah + timun batang. Ada lagi kerisi goreng dan sayur kangkung goreng belacan. Best la.. Mak aii, beruntung gak aku ni. Duk jauh dari kampung, tp honestly, x terasa sgt la yg aku miss mums's cooking :)..

Aku beli ikan tuna tu kat pasar basah Dengkil. rm11/kg. Mahal rm2 drpd aya. Ikan tuna? Mati2 sebelum ni aku ingat tuna = aya jer, cuma tuna tu versi besar.. tp rupanya lain ek.. rupa mcm sama lah, cuma tuna ni mcm cantik sikit. Ada tompok2 + kaler kebiru2an sikit. Isi dia lembut seh, mcm tenggiri lak. Rupa mcm aya, tapi rasa mcm tenggiri. Hmmm.. balik bole tanya Ma ni, takut2 org kat Klate panggil ikan ni nama lain. Sbb setau aku, ada sejenis ikan yg dipanggil aya putih. Tp aku pun xtau mcm mana rupa aya putih ni. Tuna ker??

Kemarin jugak, belah paginya aku gi gunting rambut. Pehh 'bojeng' raya siott. Lepas gunting tu gak, aku perasan yg those gray hair dh makin byk. Hahaha nampak makin tua dah aku ni. Anak baru sorang. Adeihhh..

Lepas Zohor, 2 hari berturut2 kitorg gi kitorg gi Alamanda. Well, it was surprisingly less crowded compared to what i've expected. Pusing2 Parkson on Saturday, aku beli baju T-Shirt baru design belang2. Kaler mcm x menarik tp aku pedulik hape. Janji bukan kaler pink (auwww!). At rm29.97 (30 riyal lah tu), it was quite a bargain, considering that the same design was originally sold at rm39.90 before the Raya sale. Giler ah, proses carik baju, pilih dan try saja dah 1 jam lebih. Tu baru 1 helai tu.. (Bini aku kata, kalah pompuan.. - Yer ker?). Cakap pasal baju raya ni, i was a lil' bit reluctant at first, sbb aku dah ada 3 pasang baju melayu yg can stilll be considered as new. Minggu lepas pun aku baru beli 1 kemeja baru utk pegi keja. Tp still my other half insist on me getting a new shirt. Baju melayu x kira katanya. Adoii, that's why lah, i end up with that baju T-shirt belang2.

Kemarin, gi Alamanda gak, tp masuk Parkson kejap jer. Pastu melilau masuk kedai kasut. Masuk satu kedai, tgk satu, mcm ok. Bila tgk price tag, mak aii tu dia rm129.90. Pehh, kasut keja aku pun x sampai rm100. Masuk kedai Bata lak. sekali laghi, jumpa yg berkenan. Tp tengok harga, rm79.90 tu.. Adoii mahal2 rupanya selipar/sandal ni. Sama mahal dgn kasut! (Ya, aku carik selipar jer, bukan kasut.. selipar raya. Hahaha). Kang aku nkbeli sandal getah cap Bowling rm9.90 kan kena marah lak. Isk. Last2 masuk Carrefour. Tu pun dah kena sound siap2 suh carik yg 'berjenis' sikit. Hahaha. Pusing sana, try sini, last2 beli gak la.. cap apa ntah. rm19.90. Pehh, selipar aku yg paling mahal dlm masa 3 tahun. Rasa nya lah..

Tapi kan, gulai kunyit kkuah tu mmg best. Serius best.