Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya!

Esok aku, Farah & Husna dah nk balik kampung. So, kepada sapa2 yg tersesat masuk sini, atau yg buat2 tersesat tu, aku nk ucapkan selamat raya lah.. kalu yg balik kampung drive sendiri tu, berhati2 lah yer.. (pesan kat diri sendiri gak ler..).

Aku nyer plan nk bertolak dr Dengkil tu dlm 3am besok pagi. Sahur on d way. Farah kata nk masak nasik gak, so kena stop jugak lah kat mana2. Dulu kitorg buat sandwic jer, so atas keta pun bole makan. Tp Farah kata makan sandwic mcm x brp kenyang lah, so dia nk masak nasik gak. Ok lah.. bole gak habiskan ayam dlm peti 2,3 ketul tu buat lauk.

Kuar umah 3am, isi minyak dan angin kat petronas tmn melati ~4am.. hmm kat mana aku nk stop sahur ni... pk pk.. nantilah pagi ni aku kena curik masa finalise plan sikit. Kerangkanya dah siap, cuma detailnya yg belum..

Kalu betul ontime 3am, +10jam (normal sejak berfamili, bujang dulu around 8 jam), dlm kul 1pm+ tu sampailah umah). Oklah, musim raya, tambah lagi 2 jam.. kul 3pm.. ok lagi lah. Mintak2 keta x byk sangat, sbb cuti belum raya panjang kan.. so org yg balik raya mungkin terbahagi kpd 2,3 gelombang. So less packed. InsyaAllah..

Ok lah, ~~<<>>~

Tuesday, September 23, 2008

Dengar Beduk Berbunyi..

Lirik lagu untuk hari ini.. hehehe.
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Monday, September 22, 2008

Gulai kunyit kkuah, baju raya dll. (cerita soping raya)

Kemarin (semalam kata org sini), aku berbuka dgn lauk ikan tuna gulai kuning kunyit kkuah + timun batang. Ada lagi kerisi goreng dan sayur kangkung goreng belacan. Best la.. Mak aii, beruntung gak aku ni. Duk jauh dari kampung, tp honestly, x terasa sgt la yg aku miss mums's cooking :)..

Aku beli ikan tuna tu kat pasar basah Dengkil. rm11/kg. Mahal rm2 drpd aya. Ikan tuna? Mati2 sebelum ni aku ingat tuna = aya jer, cuma tuna tu versi besar.. tp rupanya lain ek.. rupa mcm sama lah, cuma tuna ni mcm cantik sikit. Ada tompok2 + kaler kebiru2an sikit. Isi dia lembut seh, mcm tenggiri lak. Rupa mcm aya, tapi rasa mcm tenggiri. Hmmm.. balik bole tanya Ma ni, takut2 org kat Klate panggil ikan ni nama lain. Sbb setau aku, ada sejenis ikan yg dipanggil aya putih. Tp aku pun xtau mcm mana rupa aya putih ni. Tuna ker??

Kemarin jugak, belah paginya aku gi gunting rambut. Pehh 'bojeng' raya siott. Lepas gunting tu gak, aku perasan yg those gray hair dh makin byk. Hahaha nampak makin tua dah aku ni. Anak baru sorang. Adeihhh..

Lepas Zohor, 2 hari berturut2 kitorg gi kitorg gi Alamanda. Well, it was surprisingly less crowded compared to what i've expected. Pusing2 Parkson on Saturday, aku beli baju T-Shirt baru design belang2. Kaler mcm x menarik tp aku pedulik hape. Janji bukan kaler pink (auwww!). At rm29.97 (30 riyal lah tu), it was quite a bargain, considering that the same design was originally sold at rm39.90 before the Raya sale. Giler ah, proses carik baju, pilih dan try saja dah 1 jam lebih. Tu baru 1 helai tu.. (Bini aku kata, kalah pompuan.. - Yer ker?). Cakap pasal baju raya ni, i was a lil' bit reluctant at first, sbb aku dah ada 3 pasang baju melayu yg can stilll be considered as new. Minggu lepas pun aku baru beli 1 kemeja baru utk pegi keja. Tp still my other half insist on me getting a new shirt. Baju melayu x kira katanya. Adoii, that's why lah, i end up with that baju T-shirt belang2.

Kemarin, gi Alamanda gak, tp masuk Parkson kejap jer. Pastu melilau masuk kedai kasut. Masuk satu kedai, tgk satu, mcm ok. Bila tgk price tag, mak aii tu dia rm129.90. Pehh, kasut keja aku pun x sampai rm100. Masuk kedai Bata lak. sekali laghi, jumpa yg berkenan. Tp tengok harga, rm79.90 tu.. Adoii mahal2 rupanya selipar/sandal ni. Sama mahal dgn kasut! (Ya, aku carik selipar jer, bukan kasut.. selipar raya. Hahaha). Kang aku nkbeli sandal getah cap Bowling rm9.90 kan kena marah lak. Isk. Last2 masuk Carrefour. Tu pun dah kena sound siap2 suh carik yg 'berjenis' sikit. Hahaha. Pusing sana, try sini, last2 beli gak la.. cap apa ntah. rm19.90. Pehh, selipar aku yg paling mahal dlm masa 3 tahun. Rasa nya lah..

Tapi kan, gulai kunyit kkuah tu mmg best. Serius best.

Wednesday, September 17, 2008

Cuti dan Emosi

16/09
Satu Malaysia havoc. 16/09/2008 kerajaan akan bertukar tangan. Mcm2 cerita ada. Versi ini begini, versi itu begitu. Versi aku lak suka ati aku lah nk mcm mana hahaha..
Ekceli, wpun agak mustahil, aku sebenanya berharap agar x kira sapa yg pegang gomen nanti boleh lah dia declare cuti umum 16/09 yer. Pastu kalu buleh, cuti umumkan juga cuti Nuzul Quran utk satu Malaysia. Isk, kalu dua2 tarikh tu cuti, dah 2 hari aku dapat cuti ni beb. Campur Sabtu-Ahad, dah 4 hari tu beb!
Yg nyatanya, dua2 tu x cuti n aku masuk kerja jugak waima dgn mood seakan2 cuti hahaha..

emo
Semalam emosi aku terganggu dek satu posting forumnis dlm forum mesra. Silap aku gak kot, sbb reply post dia dgn nada keras sikit. Huhu.. aku ni mmg jenis yg x boleh diskus pasa politik lah, or any issue pun. Sbb i can easily be irritated. Nk kata emosional sgt tak jugak kot. Tp mmg aku x suka argumentative discussion nih. The negative side is aku x suka dengar bila my opinion diperlekehkan (n my opinion can be wrong). The other negative side can be also that my opinion is the correct or the best, but due to my unwillingness to share n present/argue with ppl, i tend to keep to myself and just angguk to whateva ppl say. Huh!

Thursday, September 11, 2008

Zakat (Fitrah)

Belum bayar lagi utk Ramadhan tahun ni.



Nk bayar lepas Jumaat, mcm ramai sgt. Setiap negeri berbeza2 rate dia.. hmm ntah ler..

KL = RM5.20
Selangor = RM5.20
Kelate = RM7.60

Bakpo Klate mahal eh? Ntah ler. Aku rasa aku bayar either kat KL or Selangor jer la. Not bcoz of the rate! But more of the convenience lah. Kalu nk kelik bayar kat Klate kan kalut lak.

Ada org kata, kalu dapat bg direct pada asnaf lagi bagus tp ntah ler aku ni mana nk carik sendiri kan.

Nanti la nk singgah masjid mana2, bayar zakat ni.

Wednesday, September 10, 2008

Buka Posa with Mat.

Ahad 07/09:

Pagi tu Farah buat kek lapis prun dgn puding gula hangus.

4pm, kuar umah. Sampai Sek 19 S.Alam tepat2 orang azan Asar. Jumpa Ma & geng gerai PaRam dia. Pastu Mat tunjuk tempat nk buka posa. Then Mat balik ke gerai, aku & Farah (dgn Husna sekali lah) ke surau solat Asar.
Lepas solat Farah sakit perut. Masuk Klinik Nik Isahak sebelah restoran tu. Check dan itu ini.. kena rm45.00.. Pastu lepak2 tunggu 6.30pm, masuk kedai & panggil Mat utk order. So menu hari tu:

tomyam campur
siakap stim saiz sederhana
kailan ikan masin
ayam golek 1 ekor (ni Mat beli kat PaRam)
air fresh oren 2, carrot susu 1

best best.! Semua sekali RM55.00. Ok lah, siakap tu saja dah rm25.

Lepas buka, bagi kek lapis prun dan puding gula hangus kat Mat utk share dgn osmet dia. Pastu Mat terus balik. Aku dan Farah (dan Husna) singgah surau solat Maghrib. Pastu terus balik Dengkil via ELITE (masuk ikut Puchong). Sampai umah ~9pm.

Thursday, September 4, 2008

bulan posa 1429H/2008

Baru ku perasan. Tiada entri pun utk puasa. Padahal kemarin dah masuk entri pasal plan cuti raya hahaha.
Well, puasa tahun ni mcm biasa lah. Aku xmo cakap pasal hukum ker hikmah puasa ker. Aku bukan ilmu byk sgt pun. Yg aku peratikan, mungkin memori aku dah makin berkarat.. aku x brp ingat apa benda yg aku buat masa bulan posa tahun lepas.
Ok, mungkin aku ingat pasal balik raya, tp itu jer la. Isk, ni dah masuk topik raya lak. Lari nih. Ok, pasal bulan puasa..
Tahun ni, HR bagi balik awal. Pukul 5 dah boleh balik. Tapi kan, kalu kuar pukul 5, dah start jem dah.. So sejak start puasa ni, aku asyik balik dekat2 nak buka i.e lepas 6.45pm. Tp kalu tgk kemarin, jem jugak lagi dekat simpang Bangsar tu.. bajet elok2 jer utk buka kat RnR hway KLP. Solat maghrib siap2. Buka selalunya air kotak la. Aku ada beli Corned Beef. Tapi xleh makan banyak lah.. muak lak. Sampai umah, 8pm+. Baru makan yg heavy2. Makanan utk buka Farah akan beli, or dia masak kalu sempat la..
(semalam gas abis masa Farah tgh panaskan sup. Sian lak dia kena kuar ke kedai beli gas baru. Berat tu tong gas.)
Buka kat luar?
~ ada terpk gak. Mungkin pegi S.Alam buka dgn Mat? Tapi this time kena ajak dia gi proper kedai makan/restoran lah. Memori hangit buka di tasik S.Alam pada 2006 mmg mengharukan. Maybe kitorang bole kuar awal let say 3pm n visit his stall at PaRam Sek 19 dulu.. then solat Asar n carik venue utk buka.. Hari Sabtu or Ahad la baru boleh jalan2 ni.
~ satu lagi.. Mad Rod. Adik ipar aku nih kena ajak gak, sama ada nk gi buka di BB Bangi, or ajak dia buka kat umah. Hmm..
~ nk kuar buka ber3 jer? Mungkin tidak.. pakai option yg dua di atas tu jer la..
~ jemputan berbuka? Hmm takder kot.. skrg ni bukan mcm masa aku jaga projek dulu. Lagipun kontraktor skrg semua kedekut ;). Kalu ada gak, tgk la. Dekat2 aku gi la.. kalu jauh, sori aa. Baik aku balik makan dgn anak bini.