Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. :)



Malam ni nak balik kampung.. so nak ucap untuk sesapa yang terjengah blog ini.. semoga semua selamat. Aku tahu Ramadhan belum habis, tapi ucap kan lah jer kan.. semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Menjelang raya..



Sibuk. Itu lah kata kunci nya. Berkebetulan pula menjelang raya tahun ini dengan berakhirnya tahun kewangan untuk syarikat tempat aku bekerja. Maka tiba-tiba semua orang jadi sibuk. Itu tak siap. Ini tak siap. Ini perlu dihantar. Itu perlu di'submit'.
Aku yang tak berpa sibuk dan kurang beban kerja nya pada hari-hari yang biasa, turut terasa sibuk yang amat. Banyak kerja tertangguh. Meja bersepah. Makin serabut. Kata AJK Audit 5S, tapi meja aku satu S pun tadak!.
Itu perihal kerja. Sendiri? kereta Waja ku tiba-tiba 'breakdown' rupa-rupanya 'fuel pump' sudah habis hayatnya. Pagi itu baru saja ku tukar penyerap hentakan di belakang satu set untuk RM240.00.. dan petang itu juga ku tukar cermin mata baru dengan harga RM850.
Namun aku tahu aku perlu juga duit untuk balik kampung, dan duit raya untuk anak-anak dan mak ayah. Ku kira ini belum tahap musibah, cuma ujian biasa. Ada hikmah. Ya, hikmah bila ku fikirkan kereta Waja ku itu boleh saja 'brekadown' di tengah Gua Musang tatkala kami semua dalam perjalanan balik kampung, namun Allah takdirkan ia berlaku di hadapan bazar Ramadhan Bandar Pinggiran Subang. Alhamdulillah? Ya sudah tentu.. Subhanallah, ya juga sudah tentu!

Masa begini, terasa fitrah manusia perlukan Tuhan nya. Ya, kerana mengikut perkiraan logik manusia aku tidak akan mampu membereskan semua ini. Ya Allah, permudahkan lah urusan ku. Amin.

// gambar hiasan : Gunung Sinabung di Indonesia

Thursday, August 12, 2010

Happy besday Mama


15/08 ni besday Mama. Apa yang nak dipresentkan aku pun tak tau.. Nothing can replace her love for me and her children or should i say, her children and me :). At least something that can cheer her up, to represent my little appreciation..

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa..




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, August 6, 2010

Buzy, Sibuk, Kalut!


Kerja, Personal, semua lah.. Need to be more organized.. it's getting worse day by day!

Wednesday, August 4, 2010

Batuk


Dah 2 bulan.. mungkin lebih.. Husna batuk.. Asma' batuk gak.. tapi dah ok. Husna nyer, reda kejap.. pastu start balik. Siang hari ok, malam jer especially dinihari tu, mula lah. Kesian kita dengar. Kalu letak telinga kat dada dia, bunyi macam ada benda tersekat jer.. berat jer nafas dia.. ..

Tadi mama dia dah bawa jumpa Paed kat KPJ Shah Alam (SMC).. nanti malam nk tanya macam mana..

Tuesday, August 3, 2010

Lama tak masuk.. knock knock.

Dah lama tak memblog dalam ni.. Missed a few things.. been quite bz with life.. One of the most important (important, in the sense of the entertainment it provided) is the 2010 FIFA World Cup..

As an avid fan of German football, I'm glad to see that Germany has now managed to shake off the stereotype German football = boring football..



lagi.. ntah.. last weekend join our office family day outing @ Suria Cherating Beach Resort.. ok la..

Suddenly seems that I've lots of idea but do not able to put them in words.. seems like blogging needs exercise too...