Monday, June 8, 2009

Buat keja lain lak..

aargggh penat lak duk search lirik lagu ni... heheheee mood cari lirik lagu jer hari ni... ok la tu stop dulu buat keja lain yg berpekdah...

Sunnah orang berjuang (lagu nada murni rupanya, aku ingat ori SMAKL)

glemer masa sekolah dulu.. tp sayang, aku lupa dah melodi dia mcm mana.. huhuhuu


Sunah Berjuang 2

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Di Pondok Kecil (nasyid Klasik)

Di Pondok Kecil

di pondok kecil di pantai ombak

berbuih putih beralun-alun

di suatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuang ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku ke mana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adikku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adikku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau di mana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Sephon Kayu (nasyid Klasik)

Sepohon Kayu

Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada berarti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Anggerik

Bunga Anggerik

apa dipandang kepada anggerik
tumbuhnya liar di dalam hutan
mekar sehari esok binasa
sebelum layu sudah pun mati

bukan memandang kepada cantik
pokok pangkalnya hati berkenan
kalau sesuai budi bahasa
sampai ke kubur bersatu hati

bunga anggerik nan permai
memang molek dipakai

banyaklah bunga di dalam taman
apalah guna anggerik di desa
molek pun tidak, wangi pun bukan
tidak sesuai untuk disunting

sungguhlah puan bunga idaman
indah kerana budi bahasa
bukanlah cantik di tengah pekan
cantik berbuai di hujung ranting

bunga anggerik yang rendang
memang cantik di pandang

bunga berseri disinar malam
kumbang menari dengan cahaya
alam kekasih bunga dikarang
anggerik tak mungkin menukar ganti

sudah menjadi aturan alam
bunga menyeri taman bahagia
kumbang memilih bukan sebarang
anggerik di desa pujaan hati

bunga anggerik di desa
indah budi bahasa

Wanita dan Teruna (filem IMAn tahun 195?)

Wanita Dan Teruna

Bolehkah aku bertanya
Betulkah engkau menyinta
Tetapi aku tak percaya
Ku takut hanya tipu daya

Ramai orang yang berkata
Manis kelihatan muka
Tetapi di hati durjana
Sebagai ular yang berbisa

Jangan dinda kata tidak jujur
Bikin hati ku menjadi hancur
Tapi aku percaya padamu
Kaulah cinta ku

Dinda tak usah engkau khuatir
Tidak mungkin aku akan mungkir
Apa gunanya engkau menyindir
Manis di bibir

Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita/Teruna yang memang ku cinta
Sebagai kekasih asmara

Jangan kanda ku tak jujur

Bikin hatiku menjadi hancur
Tapi aku percaya padamu
Kaulah cinta ku

Dinda tak usah engkau khuatir
Tidak mungkin aku akan mungkir
Apa gunanya engkau menyindir
Manis di bibir

Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita/Teruna yang memang ku cinta
Sebagai kekasih asmara

Monday, June 1, 2009

Bayer Leverkusen 0 Werder Bremen 1

missed most of the game. only switched it on when it's already on 87th min.!

the result is a lil' bit contrary to what was expected, which is an entertaining final with lots of goals, considering the reputation of both teams who likes to attack at the the expense of their somewhat porous defence.

oh well.. from Bremen's positive POV, it surely cannot make up for the loss in UEFA Cup final but certainly it eased some pain.

it's also a good way to bid farewell to for Frank Baumann's last professional game as a player. At least he ends his career with a trophy.

n also good farewell game for Diego as well.