Tuesday, March 22, 2011
Tekanan Kerja
Disember 2010, aku bertukar tempat kerja. Masih di bawah naungan label syarikat yang sama (label - macam artis pula), namun di lokasi yang berbeza. Masih berpusing di sekitar skop kerja yang lama, namun dengan tanggungjawab yang bertambah.
Aku pernah membuat draft posting berkenaan perpindahan ini, namun tidak pernah pula kupostkan di sini.
Pelbagai perbezaan ketara ku alami semenjak perpindahan ini. Antara yang paling kurasakan adalah aku makin stress!.. ini pun aku tengah stress, namun ku luangkan juga masa sekejap untuk ku luahkan di ruangan maya ini.
Jarak rumah yang jauh dengan pejabat baru juga menjadikan aku sebagai suami dan bapa hujung minggu sahaja. Sekali sekala, bahkan hampir setiap minggu aku ada urusan di HQ, lantas ku ambil peluang untuk bermalam di rumah. Awal-awal dulu terlintas juga di hati untuk berpindah, namun selepas 2 bulan di sini, aku rasakan itu tidak perlu.
Awal-awal dulu kurasakan ok, namun selepas 2 bulan dan selepas beban kerja makin bertambah, aku jadi makin beremosi dan asyik teringat keluarga di Subang..
Rakan kerja dan boss-boss lama, bila berjumpa sahaja mereka terus menegur sosok badanku yang semakin berisi. Tidak kunafikan, berat badanku sudah bertambah sejak berpindah.
Sesungguhnya, perpisahan itu mengajarku erti rindu.. (pergghh ayat tak menahan)
Monday, January 31, 2011
Huru Hara di Mesir
Ya Allah Kau peliharalah keselamatan adik perempuan ku di sana, dan juga seluruh rakyat malaysia amnya, dan Kau kurniakan lah keamanan kembali ke bumi bersejarah Mesir ini...Amin..
http://www.krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
update 06/01... Tek dah ada kat Jeddah.. komplen pulak kata duk kat Jeddah lagi haru biru drpd duk kat Mesir.. sbb kat Mesir aman (tempat dia lah), cuma brg makan dan prepaid xleh topup + duit xleh draw keluar.. kat Jeddah ni (sbb orang ramai sangat kot) bersesak-sesak.. adeihh.. takper lah sis, janji Papa dah lega dengar awak dah keluar dari Mesir..
update Jun 2011.. Tek dah balik ke Mesir dah.. sambung mengaji.. semoga dah takder kacau bilau lagi di sana. Amin..
Thursday, December 9, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Perpaduan
Aku membaca. Banyak juga dan merata-rata.
Syiah dan Sunni. Terdetik hati kepada topik perpaduan Islam. Namun masih berasa tidak selesa membaca coretan mereka terhadap para sahabat seperti Muawiyah, Abu Bakar dan Umar.
Akan ku teruskan pembacaan ini. Memetik kata seorang sahabatku, baca dan dengar. Namun bukakan hatimu, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kita tidak hidup di zaman itu. Aku tambah, kita pun bukan ustaz yang mengaji khusus bidang agama. Berdoalah agar diri dan keluarga kita dirahmati olehNya.
// kat Malaysia, Umno dgn PAS pun tak kunjung selesai konfliknya..
Sunday, November 28, 2010
Musim Haji dan lain-lain
1) Haji dan Aidil Adha
Musim haji sudah tiba. Ada rakan yang sudah pergi, dan ada yang baru hendak pergi tahun ini. Alhamdulillah dan tahniah untuk mereka. Tahun ini kami tak buat korban. Kewangan tidak mengizinkan. Lagipun balik raya last minute. Sampai rumah dah 9am + pagi raya. Amat kalut jika buat korban!
2) Ujian sakit
Mula-mula aku yang sakit. 8 sampai 13 haribulan. Oktober. Masuk wad. Appendicitis. Sakit start pagi tu, tengahari cabut dari pejabat, petang dalam pukul 3 ke klinik (terpaksa tunggu Farah balik untuk tolong pandu kereta), terus dapat reference letter, maghrib admit ke wad, malam tu diagnos dan scan to confirm, dalam 12.30am 09/10 aku di'operate'. Alhamdulillah, selepas 3 jam dalam OT, pembedahan berjaya. Doktor cakap, sakit ni dah 2,3 hari. Appendiks sudah bengkak, pecah dan bernanah. Gerun jugak aku mendengarnya, namun aku tetap bersyukur kerana tiada komplikasi yang teruk.
Farah pula terpaksa ambil cuti separuh gaji kemudiannya tanpa gaji untuk menjaga aku.
3) Ujian sakit nombor 2
Di kala aku masih lagi berpantang masuk minggu ke-3 (kurang sikit daripada orang beranak), kami dikejutkan dengan berita Papa diserang sakit jantung. Farah bergegas pulang, aku ditinggalkan di rumah Abe Le. Alhamdulillah, ada saudara berdekatan. Kasihan Farah, ke sana ke mari berulang alik Subang dan KB. Duit juga banyak hangus kerana tiket flight yang terpaksa diburn lantaran tidak sempat menukar tarikh di saat akhir. Tak mengapa lah, mungkin ada rezeki kami (rezeki ku) yang kurang nilai halal nya, ini juga kifarah bagi kami.
Alhamdulillah Papa walaupun masih lemah sehingga hari ini (sudah 2 kali serangan), namun keadaannya beliau agak stabil untuk 2,3 minggu terakhir ini.
Segala doa ku panjatkan untuk kesihatan Papa. Juga, doa paling tulus buat isteri ku Farah Amira, diuji kesetiaan dan kesabaran sebagai isteri dan anak dan juga ibu kepada 2 anak perempuan kami. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Mu ya Allah. Hanya Engkau lah yang kami sembah, dan hanya kepada Mu jua lah kami memohon pertolongan.
Amin.
Saturday, October 16, 2010
Monday, September 6, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. :)
Malam ni nak balik kampung.. so nak ucap untuk sesapa yang terjengah blog ini.. semoga semua selamat. Aku tahu Ramadhan belum habis, tapi ucap kan lah jer kan.. semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



