Monday, June 14, 2010
Ustaz Pahrol @ Motivasi Pagi IKIM.fm 11/06/2010
Ingat mati.
Ingat mati bukan suatu yang negatif. Ingat mati bukan bermakna hidup berdukacita. Bahkan ingat mati mampu menjadi satu tonik mujarab sebagai perangsang hidup kita di dunia ini.
Ingat mati, membuat kita:
1) Tidak bertangguh untuk membuat kebaikan.
Jika kita hendak berbakti kepada kedua ibu bapa, maka ini lah masa nya. Jika kita ingin mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh, maka ini lah masa nya. Jika kita ingin meningkatkan mutu kerja kita, maka ini lah masa nya. Kerana, mana tahu kita akan mati esok hari, atau satu jam lagi, atau satu saat lagi?
2) Tidak bertangguh untuk bertaubat
Jika kita tertinggal solat, maka ini lah masa nya untuk mengqadha nya. Jika kita melukai hati ibu bapa kita, maka ini lah masa untuk memohon ampun dari mereka. Jika kita sentiasa membuang waktu dalam bekerja, maka ini lah masa untuk berubah. Kerana, mana tahu kita akan mati esok hari, atau satu jam lagi, atau satu saat lagi?
3) Takut melakukan maksiat dan dosa.
Orang yang sentiasa mengingati mati akan insaf betapa maut boleh saja datang menjemput di kala diri sedang melakukan maksiat. maka orang yang mengingati mati tidak akan berani hatta untuk menghampiri pintu-pintu maksiat.
Semoga kita beroleh iktibar daripada catatan ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment