Tuesday, June 8, 2010

Ustaz Pahrol @ Motivasi Pagi @ IKIM.fm 08/06/2010



(Entry bukan sebijik ayat Ustaz Pahrol, cuma diulang cerita mengikut pemahaman dan ingatan Yushida03 yang terbatas.)


Doa.

Ustaz kata.. berdoa lah. Doa, bukan bermaksud kita perlu berdoa untuk menyatakan hasrat kita kepada Allah SWT, kerana secara hakikatnya Allah sudah sedia mengetahui segala apa yang terkandung di hati kita kerana Dia Maha Mengetahui. perbuatan berdoa hanyalah sebagai manifestasi kita sebagai hamba kepada penciptanya, iaitu Allah SWT.

Ustaz berkongsi satu cerita kawan beliau yang mempunyai seorang ibu tua. Beliau bercerita betapa suatu hari, kawannya itu membawa ibu nya berjalan-jalan, lantas pada satu ketika terlontar ayat dari bibir ibu tua itu, "andai satu hari nanti ibu sudah tiada, siapakah lagi yang akan mendoakan mu setiap hari?"

Itu doa ibu kepada anaknya. Ikhlas, tanpa balas. Bukankah erti hidup itu pada memberi? Maka banyakkanlah berdoa. Panjatkan lah doa anda untuk ibu bapa anda, suami / isteri, adik, abang, kakak, seluruh keluarga anda, sahabat-sahabat, guru-guru, serta seluruh umat muslimin di dunia ini... Amin.

No comments: