Hari ni Ustaz bercerita pasal perang Mu'tah, yang berlaku pada bulan Jamadil Awal.
Alkisah terjadi perang Mu'tah setelah utusan kerajaan Islam yang menyampaikan dakwah kepada kerajaan Rom telah dibunuh, yang mana menyalahi bukan sahaja undang-undang Islam malah undang-undang antarabangsa ketika itu.
Anggaran kekuatan tentera Islam adalah 3000 orang melawan tentera Rom berjumla 200,000 orang.
Cerita seorang sahabat wanita yang tidak boleh turut serta dalam perang, tapi mengirimkan rambut nya utk dijadikan cemeti memukul kuda.
Cerita Nabi (SAW) meletakkan 3 nama sekaligus utk jawatan Panglima iaitu Zaid bin Harisah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah.
Cerita Nabi (SAW) menceritakan babak-babak peperangan kepada sahabat seolah-olah baginda melihat daripada kaca televisyen.
Pengajaran :
1) Sentiasa menyeru ke arah kebaikan
2) Membantu usaha dakwah mengikut kemampuan
3) Mukjizat Rasulullah (SAW) dapat mengetahui perkembangan perang pada zaman tersebut.
// gambar hiasan : Mount Damavand, Iran