Friday, September 4, 2009

Tazkirah Jumaat 04/09

Hari ni gi awal utk solat Jumaat di Masjid Sayyidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Sempat la dengar tazkirah sekejap.

Antara yg dapat ditangkap adalah :

Waktu yg sesuai utk ziarah kubur.
Ramai di antara kita lebih suka, atau terbiasa menziarahi kuburan ahli keluarga pada hari raya, sama ada selepas solat raya atau raya ke2 atau ke3.

Ustaz tesebut (x tau nama pulak) menyarankan agar kita mengubah tabiat ini. Beliau menyarankan agar kita menziarahi kuburan sebelum hari raya. Balik kampung awal sikit, pastu pergi la ke kubur, bawa anak bini sekali.

Fadhilatnya antara lain :

1) Orang x ramai. So kita boleh fokus pada bcaan ayat2 suci yg ingin disedekahkan.

2) Sbb org x ramai, secara amnya anak2 akan duk dekat2 dgn kita, so boleh kita ajar dan ajak mengaji bersama kita, juga mendidik mereka hikmah mengingati mati. Kalu org ramai ada kemungkinan dia jumpa budak2 yg sama baya akan bersukaria sesama mereka.

3) X ingat hadis ke apa.. tp ustaz tu ada sebut offer brp kali ganda ntah, amalan yg disedekahkan pada 10 hari terakhir Ramadhan. So nk sedekah apa2, sedekah 10 hari terakhir Ramadhan la lebih baik.

4) Ziarah kubur, secara amnya kita akan berasa sedih mengingatkan memori/kenangan bersama insan tersayang yg pergi dulu. So, bersedih lah. Kalu hari raya, sepatutnya hari bersukaria, kalu ikut aturan pun x brp betul lah, raya pegi kubur pastu nk bersedih2 menangis bagai..

5) Sebelum raya org x ramai (refer point no 1), so kalu rumput panjang kita bawa bini ker anak dara, atau bini orang anak dara orang.. ada rumput panjang atau kemuncup, maka diselaknya kain nampak labu betis putih. Kalu cantik cantik la kalu penuh parut pun penuh la. So pendedahan aurat pula di situ. Kalu pegi sebelum Ramadhan dgn kita2 jer, dapat elak benda ni, InsyaAllah..

Itu jer la yg dapat tangkap.. lepas tu duk sibuk tahan mengantuk sampai hilang fokus kpd intipati tazkirah. Khutbah pun sama :(. Mengantuk weh, Jumaat time posa ni..

No comments: